yg sudi bersama cm....

Sabtu, Oktober 27

Bercuti di Phuket - Hari Kedua Menyusuri Pulau

Hari kedua di Phuket kami mula merancang untuk ke pulau-pulau dan menjalani aktiviti laut..CM dan kak sopie tak bercadang nak bersnokelling bagai,,kami nak bersantai-santai menikmati keindahan ciptaan tuhan,...oleh itu pakej terbaik yang sesuai untuk kami ialah,,,Ke Phang Ra...atau James Bond Island.Pakej ke sana kami cari waktu pagi kami keluar ke bandar di pandu oleh pemandu tut-tut..hmm pakej kami mungkin agak mahal THB 1500 (RM 150)..anda boleh cari yang lebih murah sekitar THB 800-1000 (RM 80-100)..kami tak mahu pening kepala dan yang penting ia dimiliki oleh company muslim yang menawarkan makanan halal.(Gambar di atas suasana di atas jeti)


Bot mula bergerak meninggalkan jeti...suasana sungguh indah,,dalam bot ada lebih dari 50 orang dari seluruh perusuk dunia.
Kami di bawa dalam boat besar yang selesa,,di sediakan makanan,minuman,buah-buahan yang mencukupi daripada jam 10pagi hingga 5.30 petang,,kiranya seharian..satu pengalaman yang sangat menarik untuk menenang fikiran bersantai,,menghilang keletihan
gambar sebuah boat yang sarat dengan penumpang menyusur pulau-pulau di Phuket
aktiviti pertama kami di bawa menyusuri keluk-keluk pulau dengan canoe,,,yang di bawa oleh pekerja boat yang peramah dan berdedikasi,,satu pengalaman menarik yang belum pernah saya cuba


selesai aktiviti canoe menyusuri pulau,,dan masuk ke dalam cave yang gelap gulita,,,di atas boat kami telah terhidang makanan tengahari yang lazat,,ada siakap 3 rasa,tomyam,sayur campur,,ayam tempura,,dan bermacam2 lagi dan yang penting halalll
Selesai lunch tibalah masanya kami ke Pulau James Bond,,tempat pengambaran filem James Bond,,cantik pulau itu dengan tunggul-tunggul batu yang menjadi identitinya..


Gerai-gerai souvenir disini,,,hampir semua peniaganya wanita muslim yang bertudung,,harganya,,ok jugakkk
menuju dalam cave yang gelap gulita...saya senyap seribu bahasa takutttt...
selepas ke James Bond,,,mereka yang nak berenang diberi peluang berenang,,,

kami di atas canoe,,,melawat laguna yang indah
dalam perjalanan pulang kami di hibur dengan beberapa show dari mat-mat thai ni,,untuk tips mereka
.

Sabtu, Oktober 20

Bercuti di Phuket Thailand -Part 1

Alhamdulillah,,,sampai juga hari yang tunggu percutian yang dirancang sejak awal tahun 2012,,menjadi realiti tanggal 12hb Oktober.Saya dan kak sophie akhirnya sampai ke sebuah pulau yang indah dikelilingi laut yang membiru,dengan keluk-keluk bukit yang begitu mengasyik pandangan,,3 Hari 2 malam terlalu pendek untuk saya meneroka dan menikmati indahnya ciptaan Allah di bumi Phuket..
Tiket ke Phuket saya beli ketika Air Asia membuat promosi Big Sale...CM dan kak sophie tidak membeli sebarang pakej dari Travel Agencies,sesi terjah dan redah kami praktiskan,,cuma hotel kami book dari Agoda,Dari LCCT,kami terbang pukul 4.15 petang,,sejam 10 minit,kami sampai di bumi Phuket,,,jam di Phuket bergerak sejam lebih lambat dari jam kita,,,turun flight kami nampak persisiran pantai yang indah,saya jadi teruja,airport Phuket,besar,teratur dan bersistem,,sesuai dengan statusnya sebagai pulau peranginan yang tersohor didunia.
Jangan risau tentang pengangkutan dari airport ke Phatong Beach atau bandar Phuket,teksi,mini bus sedia menunggu,bergantung pada bajet anda, CM mengambil mini bus seperti gambar di atas,,selesa cuma yang tak bestnya kena tunggu cukup 10 orang baru dia gerak,,,kalau belum cukup dok lah melangguttt...kami tunggu hampir sejam,,,nak berasapp jugak rasanya,,,ye lah nak murahkkan!!!!! ,,,harga cuma THB 150 bersamaan RM 15 sorang berbanding teksi dalam rate THB 600-1000 iaitu RM 60-100.Disebab kami berdua perempuan kali pertama sampai ke Phuket,kami mengambil mini bus untuk keselamatan selain murah dan selesa.
 Sejam menunggu,,kami di bawa ke destinasi masing-masing,,wahhhhh jauh rupanya airport Phuket ke Patong Beach 1jam 15 minit,,termasuk waktu jem.sejam perjalanan driver mini bus berhenti di sebuah tempat yang gayanya seperti travel agency,,benar tekaan saya,,mungkin mini bus ni ada komisen jika membawa pelancong ke sini,,,yang tak mahu bersusah payah boleh terus mengambil pakej2 pelancongan disini tapi harganya hadoiiii,,katokkk kapla...

Dari agoda,,kak sopie booking sebuah hotel pemiliknya Islam di Phuket,,recomended ,,,jika yang berbajet seperti saya,,,cuma RM 180 untuk 2 malam bersama sarapan pagi halal tanpa was-was.mungkin biliknya kecil tapi servisnya tip top dan bersih.Yang sangat menarik pekerja hotel menunjukkan kita arah kiblat untuk bersolat,Arman Hotel Residence &Halal Restaurant,,,begitulah nama hotel kami,,,makanan yang sedap dan yang paling penting halal dan bersih...
Sarapan dan dinner kami makan di hotel sahaja,,,malam dah lewat kami berasa lapar,,pekerja hotel masih lagi tak keberatan melayan kami walaupun mereka dah nak tutup,,mereka masakkan kami nasi goreng yang sangat sedap,,,jika saya ke Phuket lagi,,saya tak bercadang nak ke hotel lain,,,sinilah hotelnya kerana tak perlu bimbang tahap kebersihan dan makanan halal.Sebenarnya di phuket soal hotel bajet yang ratenya bawah rm 100 semalam,,,,melambakkkkk


next saya sambung lagi part 2,,aktiviti island hopping di hari kedua...




datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....