yg sudi bersama cm....

Khamis, November 25

Yang sangat indah di hari ulangtahun ,,,

 I LOVE U SO MUCH DEAR...
Kad dari si kecil yg berusia 7 tahun..
Tuhan Maha Besar mama,,,yuppppp tuhan jua maha pengasih dan penyayang
hihihihi,,,kad dari citarasa budak pompuan peminat Snow White...
`terimakasih kerana menjaga dina,,,TERIMAKASIH JUGA KERANA MENYAYANGI MAMA
katanya.......YANG PENTING ALLAH YG MAHA ESAH(esa ) ada..

Di malam ulangtahun ku yg ke 35 aku menerima pesan dari anak gadis kecilku yg hanya berusia 7 tahun supaya membaca kad ucapan darinya,"Dina letakkan dlm buku `Adab Muslim`dalam laci bilik mama !!baca tau,,dina nk tidur dulu...begitulah pesannya...sambil mengucup pipi saya

Saya tersenyum,,,dalam hati  saya berkata-kata "aku kecik-kecik dulu tak de nyer kad ucapan bagai,,,entah bila dia membelinya saya pun tak pasti...saya kira suprise jugak ni,,,

Namun bila saya membukanya.. hati saya sangat tersentuh,bagai tak percaya dina yg masih berhinggus tu,,,boleh meruntun hati saya dengan kata-kata dan bait ucapan yg saya kira sangat bermakna untuk saya hayati.Anak sekecil itu memujuk hati saya agar percaya serta yakin dengan kuat atas apa kita lakukan,,hidup dan mati kita bahawa Allah yg maha esa ada bersama kita..Dalam sudut hati yang paling dalam saya terasa cukup berbangga  saya kira didikan saya pd si gadis kecil ni sampai ke hatinya,,kerana bila dia bersedih,bila dia sakit saya selalu menanamkan kepercayaan tauhid bahawa Allah sentiasa bersamanya merenungnya dengan penuh kasih sayang,,,kini ayat itu juga dititipkan untuk saya lewat kedewasaan ini...

Dalam hening malam lewat kedewasaan ini  saya memuhasabah diri,merenung dan mengimbau segala yg saya miliki,sesungguhnya tika saya sibuk menghambat pelangi saya sebenarnya lupa saya sudah punya cahaya bintang tujuh yg terang berderang menerangi hidup saya,Saya punya keluarga dan cahaya mata yg amat menyejukkan hati.Kini saya tak perlu kata cinta berbaur asmara loka untuk buat saya tersenyum megah kerana belum pasti ikhlas dan jujurnya,,,kini saya rasa sangat megah menghayati kata semangat dari anak kecil yg pasti menulis atas apa yg dia rasa...bagai satu gelombang motivasi untuk menyemarakkan hidup saya kembali,,,

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,kerana menghidupkan saya  dan masih bisa bernafas di buminya,,,masih mampu tersenyum atas segala nikmat dan kasih sayangnya.Harapan saya di hari ulangtahun ini saya ingin terus merasa kasih sayang Allah,,seperti yg anak gadis saya pesan 
              "SESUNGGUHNYA ALLAH YG MAHA ESA ADA BERSAMA KITA"


TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG DAN CINTA DARI KALIAN SEMUA...
Cinta yang saya hambat ada bersama saya,melengkapi hidup saya...




Khamis, November 18

Semoga Berbahagia Shikin.dan Sheena..

Ekin ceria di samping suaminya.Edy dari Machang Kelantan..

Potong cake gitu...


Marwan dan Dina disisi Mak Esah( mak ekin),pengasuh yang menjaga mereka sejak bayi hingga tadika 
di Setapak KL



EKIN yg manis ...



hmm...mama layan ni...

13 hb Nov,saya menghadiri majlis perkhawinan Alis Ashikin,anak kepada pengasuh anak-anak saya.
Ekin saya kenali sejak dr tahun 2002,,selepas sahaja saya melahirkan anak sulong saya marwan.Masa tu Ekin baru habis SPM,Ekinlah yg membantu maknya menjaga anak saya dengan baik.

Ekin gadis yg baik,lemah lembut,bersopan dan pandai memasak.Kini Ekin telah pun menemui jodohnya dan saya mendoakan Ekin bahagia hingga akhir hayat.Ekin bekerja sebagai pembantu Tadbir di Jabatan Perakaunan Negara,Kementerian Kewangan.Segala jasa Ekin menjaga anak-anak saya pasti saya kenang hingga akhir hayat.Doa saya juga ekin akan dikurniakan zuriat yg sihat,comel dan menjadi soleh dan solehah menurut sifat ekin yg menyenangkan hati.
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK EKIN YG KAK SU SAYANGI..

Tak lupa jugak untuk sepupu saya Sheena dan suami 
yg melangsungkan perkhawinan pada 14hb Nov di Klang
SELAMAT PENGANTIN BARU
...moga sheena dan suami bahagia hingga akhir hayat..
Sheena dan kembarnya,,,,,canteeek kan???
Kami bermain bersama dulu,tapi masa saya dah belasan tahun diorang masih sekolah tadika,,
tak geng sangat,sebab diorang kecikk lg,,dah pasti depa panggil saya kakak...



Sabtu, November 13

Wedding Song - Zain Bhikha

SELAMAT PENGANTIN BARU..


Cuti sekolah ni,Cm banyak dapat jemputan khawin,moga dilapangkan masa,kesihatan untuk sama meraikan hari-hari indah,bekas pelajar,teman-teman dan saudara mara,

Insyallah...

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI CIKGU SEKELUARGA...


"LIVE YOUR LIFE WITH KINDNESS AND CARE....
REMEMBER ... ..ALLAH WILL ALWAYS BE THERE..".

Isnin, November 1

"Cinta Lengkapi Kita"...

Bergambar kenangan sebelum majlis bermula
CM dan Nadia Penolong Ketua Kelas dan Irfan Ketua Kelas yg sangat dedikasi

Ammar dan Azim,,,dua pelajar yang cemerlang dan pemalu...
Irfan mengetuai jemaah solat maghrib...

Bersedia untuk memula party,,,yg sibuk sekali dah tentu Ibrahim...


I LOVE U........


Terkenang di awal tahun 2010 dulu bila aku telah terlantik sebagai Guru Tingkatan 5 Kejuruteraan Mekanikal 1 yg juga lebih dikenali sebgai 5KM1.Teringat kan juga kata Cikgu Rafedah padaku "untung kau mas budak 5KM1 tu semuanya baik-baik berakhlak dan tak payah disuruh semuanya berjalan lancar"..aku cuma tersenyum dan dan membalas penyataannya dengan satu pertanyaan "ye ker???..

Hampir setahun berlalu akulah guru kelas mereka atau umpama ibu mereka.Kelas yang mengandungi 23 org pelajar yg mana 20 lelaki dan cuma 3 orang pelajar perempuan.Akulah yang menguruskan daftar kedatangan harian,yuran sekolah,kebersihan kelas,markah peperiksaan dan segalanya.Ternyata apa yg fedah beritahu dulu lebih benar dari yang benar.Pelajar 5KM1 seorang pun tak pernah mendatangkan masalah,semuanya baik-baik,menghormati guru dan berakhlak mulia.Tak pernah sekali aku kecil hati dengan mereka,dan memarahi mereka.Apa yang adakala tidak mampu aku lakukan kerana bebanan tugas pelajar-pelajar ini sedia membantu dengan sempurna.

Aku sangat sayang pada mereka,andainya aku berkahwin diusia 16thn,mungkin anakku sudah sebesar mereka.Kini SPM bakal menjelang,tak lama lagi kami akan berpisah.dikesempatan yg ada kami meluangkan masa 2 hari 1 malam,,,di sebuah tempat yg indah disebuah Kg di Banting Selangor.untuk kami meraikan jamuan akhir,bermesra dan berkasih sayang dengan harapan semua akan berjaya dalam SPM dan pada kehidupan baru yg bakal mereka hadapi sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan.

Akhir kata dari cikgu...cikgu bukan guru yang sempurna,banyak kurang dan lemahnya cikgu,namun izinkan cikgu mengasihani,menyayangi dan terus mengingati kamu semua lewat doa-doa cikgu.Kamu semua juga antara sumber kebahagian cikgu,kamu jua adalah warna-warna indah dalam kanvas kehidupan cikgu,Ingati cikgu dalam doa-doamu.Andai cikgu dah tiada lagi didunia mohon sepotong Al fatihah menerangi kubur cikgu nanti.Hadapilah hidup ini dengan berani,di hari depan senjata paling utuh untuk hadapi hidup mencabar adalah iman ,ilmu dan takwa.Jangan kandas dalam hidup kerana hidup memerlukan kekuatan untuk menghadapinya.

Berlarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga,Bersyukurlah pada yang kuasa "Cinta kita di Dunia Selamanya".....

"LASKAR PELANGI".....


datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today