Saya bersama kak sopie dan Imran
dua insan hebat yg berbudi luhur yang mewarnai kehidupan ini
Di suatu ketika dalam hidup saya,saya hanya berkawan dengan insan-insan selingkungan saya.
rakan sebaya,kawan sekelas,teman sekuliah dan jiran sekampung.
Ruang lingkup hidup saya amat terhad,pemikiran dan pandangan saya juga agak tertutup.
kini dalam meniti kedewasaan,saya amat bersyukur pada yang maha Esa .Allah memberi saya peluang,mengenali,mendekati insan-insan yang berbudi luhur,berperibadi hebat yang datang dari berbagai lapisan dan latar belakang.Ada yang saya kenali dr dunia realiti,,ada juga yg saya kenali menerusi maya.
Tanpa di sangka,dari alam maya kami menjadi rapat,saling mengenali dan saling menyayangi.
terima kasih pada semua sahabat yang mewarnai hidup ini....