Aku mengenalinya 10 tahun dahulu,iaitu sekitar tahun 2000,
ketika kami sama-sama berumur 25 tahun.Kami di postingkan kali pertama sebagai guru di tempat yg sama,Sejak itu kami jadi rapat,sehinggalah masing-masing berkahwin dan mengikut suami dan berpindah dari daerah itu.Dia di bandar K aku pula di Kuala Lumpur.
ketika mengenalinya dia sudahpun menjadi tunangan orang dan sedang menghitung hari bahagia mereka,aku mengenali tunangannya sebagai seorang lelaki yg sudah matang yg ketika itu berumur 9 tahun lebih tua dari kami.Tunangnya nampak stabil mungkin kerana sudah lama berkerja.Tika menghitung hari bahagianya,kira-kira 2 minggu sebelum mereka diijabkabulkan,dia menangis menceritakan sesuatu pada ku,dia berada dalam situasi yang sangat tertekan,masih tergiang-giang di telingaku..ayat-ayatnyer...
"tolong aku sue!!!!!!aku nak lari aku tak mau kawin dengan dia!!!tolongggggg su....apa patut aku buat???
"""hahhhh kenapa ni.????....kad jemputan dah hantar,beras semua dah beli,tok imam dah ditempah...urusan kawin semua dah selesai kenapa ko tiba-tiba berubah,,aku yang terperanjat terus mengemukakan persoalan!!!
"Kenapa ni????kenapa tiba-tiba tak nak kawin.???Tak kan kerana ikut perasaan kita nk korbankan maruah ibu bapa...aku kaget,terkejut dengan keputusanya,
"Tunang ko camner?...ok ker kalau kau putuskan hubungan saat akhir ni?
dia terus menangis sambil menggeleng kepala....dan akhirnya dia kata..
"tunang aku kata ,kalau aku tinggalkan dia,dia akan bunuh aku!!!.......
Waktu itu....dia hanya menangis sekadar mengadu padaku,tapi sebab utama dia tak mahu kawin tidak dinyatakan...hinggalah semalam aku mengetahui rahsia besar 10 thn dulu..
"hahh serius ni,ye lahh orang lelaki kan!!mesti dia malu,marah dan macam-macam lagi...aku galak memberi ulasan,Aku dan iffah muda lagi masa tu,masing-masing masih mentah dengan kehidupan.Apa lagi..yang mampu aku katakan???.
2 minggu sebelum dia berkahwin,dia mengalami kemurungan.Ayahnya membawa ia pulang ke kampung,berubat dan memulihkan semangatnya.dia akhirnya dinikahkan di satu majlis yang gilang gemilang untuk anak bongsu ayahnya....Alhamdulillah semuanya selesai..
................................................................................................................................................................
kini,10 thn berlalu,kami masing-masing dah menjadi isteri dan ibu.Perpindahanku ke daerah S merapatkan kembali hubungan kami,kami jadi rapat,ketawa bersama,bercerita dan berkongsi kisah suka dan duka.Hidupnya nampak stabil dari hanya berkereta proton saga,suaminya kini dah mampu membelikan nya kereta yg berharga beratus ribu untuk kegunaanya dan anak-anak.Suaminya nampak baik sering mereka kelihatan bersama ,lelaki itu pun kelihatan tenang ,berwajah manis dengan kumis tebalnyer,cuma perwatakan serius dan pemdiam,Dia masih seperti dulu manis,langsing dan suka tersenyum walaupun memiliki 3 anak lelaki yg lasak,cuma kadang kala dia kelihatan letih,penat seperti sakit.Ye lahh,aku faham penat agaknya menguruskan kehidupan sbg guru,isteri,dan ibu pada anak-anak yg lasak.
Allah menentukan segalanya.semalam aku sekali lagi kaget,terkejut dan terpingga-pingga dengan satu kenyataan darinya.Tapi bukan dalam situasi seperti dulu,dulu dia mengadu merintih,menangis dan esakan yang panjang memohon aku mengerti situasi nya.Mungkin usia,kehidupan dan pengalaman mematangkannya.
Dengan tenang dalam senyum tawar,dia memberitahu aku.....
"Su!!! aku nak bercerai dengan suami,aku dah submit borang tuntutan cerai ke jabatan agama,!!!!
dia kelihatan cukup tenang,kuat dan tabah dengan kata-katanya yang boleh mengegar tiang Arasyh itu.
"Ya Allah !!!kenapa ni????,dah pikir sejuta kali??? aku bertanya
Dia menganguk kepala,tunduk tapi tetap tersenyum,pertemuan kami di Cafe taman warisan ni terasa begitu sayu.redup dan sedih.
"iffah,kenapa ni????kau kelihatan bahagia,senang dan selesa dengan kehidupan sekarang,kenapa hari ni meletop lagi????lembut aku bertanya sambil mengemgam tangannya.Dia cuma menggeleng kepala..
"Iffah!!!dengar cakap aku,bukan mudah nak hidup sendiri as a single mother.cabarannya besar.kekuatan perlu bertambah 100 kali ganda,hidup umpama burung yang mungkin lepas bebas di udara tapi terdedah pada pemburu buas,pemanah ganas,pemikat burung yang sedia dengan jerat.Keluar pagi dan perlu pulang petang unuk memberi makan pada anak2 burung yang lapar dan sendirian di sarang.Kan lebih baik jadi burung di sangkar terbela,terlindung dan selamat dari nganguan..Aku cuba memberi perumpamaan.
Sekali lagi dia tersenyum tawar.....Aku rela di tembak terus atau di panah mati oleh pemburu ganas,cara matiku mati sekaligus,dari aku dari mati terseksa di sangkar,di beri makan di sangkar,tapi makanan enak yang dicampur racun.bukan aku saja malah anak-anaku.fuuuh tinggi bahasa guru bahasa melayu ni memberi balasan pada simbolisme yg ku utarakan...
Kenapa ni,??? Maksud kau,kau kini terseksa....kau sedia dengan share dengan aku.kan???
..dia mengangguk lemah........
Dia pandang kiri dan kanan...lantas tudungnya di singkap menampakkan lehernya,aku nampak kesan lebam,ditelinganya.Dia menarik sedikit butang baju kurungnya dan aku nampak di dadanya seperti cengkaman 5 jari yang amat menyakitkan kelihatannya..mataku bulat menyaksikan semua ni,terpingga-pingga seolah tidak percaya..
ok,kau nampak semuanya kan.!!!!!!..aku dah tak tahan su.
Aku sebenarnya mangsa keganasan rumahtangga,10 tahun aku menahan semua ni demi anak-anak.seminggu selepas nikah lagi lagi aku dah di pukul hanya kerana gagal menurut `keinginan buasnya`...minggu bulan madu yg sepatutnya menjadi kenangan indah jadi mimpi ngeri buat aku.Aku sering dipukul,di tampar dan kini anak-anaku jadi sasaran.Aku pernah keguguran kerana di tarik dari tangga,pernah di ancam disimbah air panas,di hentak kepala ke dinding,dia akan menjerit memaki hamun aku di hadapan org ramai walaupun masa tu kami di bank.Jika dia marah pada aku dia akan bukak sliding door dan terpekik terlolong memaki hamun bertujuan untuk menjatuhkan maruah aku sebagai isteri.Dia amat menakutkan aku,tak perlu aku cerita apa lagi yg terjadi pada aku `dibilik tidur`...cukuplah untuk kau memahami segala yg aku harungi,tolonggg faham ,jangan sokong dia untuk kali ini,kerana selama ini semua orang menyokong dia,yg salah dan lemah adalah aku!!!!!lancar iffah bercerita langsung tak tersekat dek tangis hiba yg biasanya datang dr sorang wanita.....mungkin dah kering air matanya.
""Ya Allah,maafkan aku iffah,kenapa selama ini tak pernah bercerita.....suara ku pulak yg berbaur sebak...
dia menggeleng kepala,..
Su!!!aku diajar jangan suka menjaja kisah rumahtangga pada orang,
Aku menjunjung maruah suami su.Tapi kali ni aku dah tak tahan,Sebelum aku kena simbah asid macam terjadi pada sorang isteri di Kuantan,aku perlu buat sesuatu...Aku dah tiada mak su,aku cuma ada seorang ayah tua,yang pasti tersentak dengan segala yg aku alami.Kini aku dah tak takut su,aku perlu membela diri aku sendiri dan anak-anak.Aku akan guna lawyer untuk uruskan kes ni,Aku pasti dia akan ngangu aku,dia kini mengugut dan mengancam aku.Aku tak perlu takut padanya dan yakin pada pertolongan tuhan....
yuppp,u re the strong lady,jangan bimbang kau wanita terpelajar
...yakin dengan pertolongan Allah,
hentikan derita ini.
Now i `m ready to the best supporter for you i ffah........i m prepare my self for u
but no need to cry now..take action!!! for your life and ur happiness.......................
dan malam tu ,aku terasa sungguh sedih....kenapa selama ini aku tak pernah sedar sahabat baikku terkurung di sangkar derita.??????? dan kenapa wanita selalu teraniaya???...perkahwinan yg diharapkan membawa bahagia rupanya neraka dunia!!!......