yg sudi bersama cm....

Sabtu, Mac 27

Aku budak Melaka..

(Gambar rumah Tradisional Melaka yg CM snap ketika menunggu trafic light dalam perjalanan KE PASAU BESAU MELAYMAU....hehehehe)comel jer kan...


Cuti sekolah penggal pertama aku berpeluang balik ke kampung,bermanja dengan mak dan abah.Hampir 5 hari dikampung,masa terasa sungguh pendek.Pada suatu hari mak menyuruh aku ke kedai membeli barang dapur,lama benar rasanya aku tak kedai runcit di kampung tengah tu,orang kampung ku memanggil kedai tu dengan nama kedai `dak` nas.`Dak tu adalah panggilan untuk org Melaka yer merujuk pada perkataan budak.Jangan marah ,muda ke ,tua ker semua nya di bantai jadi budak dan kependekkan nyer jadi dak.sebab tu orang Melaka awet muda..sampai dah nak mati pun melekat gelaran dak....

Sampai ke kedai,ada 3 ,4 orang perempuan yang ku kenali semuanya,tapi mereka berkerut-kerut memandang aku,antara kenal atau tidak,aku mengakui aku jarang keluar rumah atau pergi ke kenduri kendara kalau balik kampung.Aku pun jarang ada di kampung,sejak tingkatan satu aku bersekolah diluar,duduk asrama dan menyambung pelajaran di KL seterusnya bekerja dan menetap di KL,menyebabkan hubungan aku dengan orang kampung agak terbatas,dan mungkin perubahan saiz badan dari aku remaja sampai beranak dua yang sangat ketara menyebabkan mereka lambat mengecamku.

Aku memulakan bicara dan menegur sorang kawan sekolahku..sampai hati dia tak cam aku..

"idah!!!ko tak kenal aku????aku memulakan sapaan..

eeeeeh,suria yer???(orang kampung panggil saya suria)..dalam berkerut ida bersuara.
ye lahhh sapa lagi,amboiii sombong ko tak kenal aku yer...saya memicit lengan ida...

haaaah,sepah hawau,cilaka ,cilanat,kau suria,lama benauu kiter tak jumpa.aku ingat kau dah meninggal...hidup lagi kau rupanyer....Apa kabauuuu kou sekarangg yerrr!!!!!..suara ida tinggi lagak nk bergaduh tetapi berbaur mesra..

Aduuuuuuuuh,!!!!!!
menikam jantung rasanya...tapi aku tergelak,lama benar dah aku tak dengar orang menyapa memaki begitu.Walaupun aku ni orang Melaka,mak dan abah tidak membiasakan kami bercakap kasar,menyapa memaki...tapi aku tak berkecil hati memang itulah caranya mereka menyapa,cara itu menunjukkan kemesraan dan kasih sayang hanya untuk kawan dan kenalan rapat mereka.Orang yang baru mereka kenali,ikut adat tidak akan mereka sapa dengan sapaan begitu,jangan terkeliru,Kalau orang luar mereka akan sambut dengan mesra,berpantun seloka.Orang Melaka ni mesra dan ramah.Kakak ipar dari Kelantan kata orang Melaka kalau bercakap macam nak bergaduh,aku mengakui ,memang begitu gayana mereka bercakap kalau ada kenduri kendara atau pertemuan keluarga.

Lama aku berbual dengan ida,keluar loghat ,dialek,bahasa Melakaku yang lama tersimpan masa berbual dengan Ida,puas rasanya,cuma aku tak membiasakan diriku bercakap bahasa maki hamun,atau terlalu kasar takut jadi kebiasaan dan tak elok didengar anak-anak dan pelajar..

so hari ni rasa nyer aku nak recall balik bahasa dan loghat yg jarang aku gunaa,tapi kalao orang melaka jati dia faham istilah-istilah di bawah ni..
  • Gebau - Selimut
  • Contoh ayat "Abang tolong lipat gebau"...pasti suamiku berkerut. dengar perkataan gebau....
  • Kain sal - merujuk pada tuala/towel mandi
  • Contoh ayat: Lepas guna tolong sidai kain sal tu.
  • Kelesa - Pemalas  sebutnya kelayse..bukan kelisa yerr
  • Terlokoppp- merujuk pada hancur ,jahanam
  • Berkepauu- bersepah atau selerak
  • ghayang - terhoyong hayangg.
  • moh - jomm,mari
  • menonong- pergi meluru
  • handau - sia-sia
  • mengulauu - curi tulangg
  • gobok- kabinet dapur atau almari lauk
  • tak mengompongg - tak tahu buat kerja
  • godak-kacau atau bega sesuatu
  • lorat - melebih-lebih
  • nau -melampau atau bersangat-sangat.
  • sasau- gila
  • kuak-ketepi
  • cuti - disebut coti tauu
  • kunci- disebut konci
  • rumah - di sebuat ghumahh

itulah sebahagian perkataan yg kalau diguna ,saya tau yang bercakap tu berasal dari Melaka,loghat mereka tak begitu ketara macam orang Utara atau Pantai Timur,tapi cara bercakap saya cepat mengenali orang senegeri saya,CM berasal dari Umbai Merlimau tapi kalau Melaka pureee diorang sebut Melaymauu...saya tau lah mereka Melaka jati.Saya akui agak kasar di pendengaran orang negeri lain,terutama di bahagian melaka tengah macam Kelebang,Bachang,Alai,Tengkera,kalau bercakap fuuuh,kembang kempis dada menahan panahannya.Tapi percayalah orang Melaka ni mesra peramah dan baik hati..SAYA BANGGA BERGELAR ANAK MELAKA.....


Rabu, Mac 24

Hari Sukan Sekolahku...


Awal bulan mac ,kebanyakan sekolah sibuk dengan sukan,Sekolah CM ni sukan memang diraikan secara besar-besaran,meriah yer macam kenduri kawin,lengkap dengan kompang silat.maskot,khemah,pon-pon girls...pelajar kelihatan begitu gembira sesekali mereka dapat melegakan kepala...setelah penat belajar,aksi mereka dipadang jauh beza dr dalam kelas..dalam kelas mengantuk jer,,kat padang macam kuda diaorang ni..

Adoiii setiap kali ada majlis kt sekolah.CM biasanya jadi ketua untuk uruskan jamuan,kena layan dan pilih menu dan sediakan tempat untuk cikgu-cikgi besor ni makan...tu jer lah keja yer..orang sibuk bersukan CM kena susun pinggan..memang dah jadi tradisi agaknya..dari masa sekolah dulu CM bukan aktif sangat biasanya CM pilih jadi `water girl` budak buat air untuk pasukan rumah.Dah jadi cikgu jadi tukang urus kan jamuan pulak....ok jugak tau..lebihh VIP makan boleh tapau..hehehehe

CM guru rumah merah tau...go.go rumah merah......kawan2 blogger cuma iingat balik masa sekolah dulu,you all rumah apa?????
fuuuhh ni acara-acara guru-guru ....wahhhhh bersemangat kawanku dalam acara golf padang...CM masuk acara lompat katakk dengan makan epal,hehehehe dua-dua kalah...

(kawan-kawanku tekun mendengar arahan).......
Sempat cikgu bahasa melayu ni,,namanya Puan Noraini tapi suka di panggil oya...possing..

hehehe..kamilah pon-pon girls...ada guna bulu-bulu lagi tapi tak de mini skrit ala2 pon-pon girl dalam acara American football...bersemangattt pelajar berlari bila cikgu-cikgu sendiri jadi pon-pon girls,cikgu yg melompattttt lebih-lebih ,,,balik rumah sakit pingganggg sehhhh...


Kekawan semua......cuba ingat balik masa sekolah dulu suka sukan tak?????pak itam..mesti suka acara tarik tali,kak ngah...pulakkk lompat tinggi,AZ...lompat jauh,CL pulakk olahraga pecut....yg lain masuk apa pulakk cuba cerita kat kami....!!!!

Sabtu, Mac 20

Belajar memasak asam pedas daging turtle....hahhh,suprise...

              Salam semua


...Rupanya ramai tak kenal daging tetel yerr???sampai ada yg memanggil daging tetel tu daging turtle ,,hehehe..notiii arr itu budak afeez...turtle mana boleh makan dik ooi,turtle haiwan dua alam...telur turtle boleh makan yer......telur penyu cam bola pingpong .lembekkk gitu ,fuuuhh ,tak tertelan tekakku....
ok inilah daging tetel...ada juga yg memangillnya daging cincangg...gambar ni cm snap masa di pasar pekan merlimau melaka...kenapa dia dipanggil daging tetel????cm tak sempat kaji sejarahnya...tapi tetel yg dimaksudkan ialah daging dibahagian urat,lemak dan isi nya..daging ni agak murah berbanding daging batang pinang,,,nak empok kannya pun mengambil masa yg agak lama,kira-kira 30minit-1jam ...orang melaka suka buat asam pedas berbanding kari...ok cm beli sekilo daging ni dgn harga RM 12...

Ok...jommm Cm ajar buat asam pedas daging tetel,bahan-bahannya..
  1. nak buat asam pedas melaka cili kena banyak blend cili kering kira-kira 30 tangkai atau lebih bersama kunyit hidup..
  2. Lengkuas sebesar 2 ibu jari..ibu jari cm  besar tau..hehehe agak-agaklah...ikut saiz dalam gambar..
  3. 4 batang serai...di pintal...
  4. Bawang merah,putih,halia untuk menumis
  5. Kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang untuk menumis
  6. Sedikit halba untuk menumis
  7. Segemgam asam jawa di buat jus
  8. 3 keping asam gelugur @asam keping....rasa masam kena lebih sebab daging tu berlemak..

pssst mak cm ni orang kampung dia suka masak dalam rice cooker lama...besar dan senang katanya..tak de lah dia minat nk masak dalam periuk cantik. ala2 corning ware atau pyrex bagai..lebih pentingkan praktikal...

ok ,,makku kata tumiskan lengkuas dan serai dulu...barulah bau dia sedappp,,, orite mak..take noted,,,alahaii barulah nak meninnjau2 mak di dapur,zmn anak dara dulu,intai-intai jer mak kt dapur konon2 nak study..hasilnya tak pandai masak..sekarang ni baru terhengeh-hengeh mohon mak turun ilmu harap belum terlambat...

Pas tu tumiskan halba,bawang putih,bawang merah,halia,kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih,sampai kuning dan berbau wangi...pas tu masukkan cili kering semangkuk tu..mak masukkan juga bawang merah yg diblender,banyak bawang kata mak maniss...oooh ic...
pas tu masukkan daging,,,mak kata rebuskan  dulu atau org melaka kata gelugurkan daging tu sampai empukk..mak kata pantang besar kalau kita masukkan jus asam jawa awal-awal ....daging takkan empuk,dalam sains pun teori yg sama daging atau ikan akan `terkujat`..pas lembut daging barulah masukkan jus asam jawa,ikutlah nk masam mana,,,rasa masam ,pedas perlu seimbang,,,

ok dah siap!!!!!!....jomm makan...pssttt kalau ada BP jgn makan banyak-banyak...berlemakk sikit,,,peningg nanti...

sapa yg masak ni??????satu pantun omputih arrr...

turtle,turtle in the knoe
pretend-pretend dont know who?????

dalam bahasa melayu....

kura-kura dalam perahu
purak-purak tak tahu.....

mak ku lah yang masak.....

sedikit info di Melaka..kenduri kawin pun mereka masak asam pedas daging ni....cubalah yerrr buat...

Khamis, Mac 18

Cuti sekolah datang lagi....

Sebenarnya banyak jugak cerita dan aktiviti seharian yg cm nk share dengan kekawan,tapi entah mengapa seminggu dua ni bagai sebu minda dan rasa untuk menulis dan bercerita.Kesibukan dan kepadatan kerja-kerja di sekolah membantutkan niat dan hasrat untuk aktif berblogging.Tapi rasa sayu pulak membiarkan kekawan meninjau di sini tanpa apa-apa cerita dan sambutan,.....
hmmm dalam ketandusan idea ni,biarlah cm share satu aktiviti yg jarang kita pinggirkan iaitu aktiviti makan-makan.Cm terharu dengan kak ngah@noor@senah..setiap kali dia ada urusan estetnya di Putrajaya ,noor pasti menghubungi Cm,dan kami akan meluangkan masa bersama,wahhh macam orang bercinta-cintan cintun..Kali ni CM bawak noor pi ke Bangi,kat Bangi banyak sikit tempat makan berbanding dengan Putrajaya tu...Noor hanya CM kenali melalui blog,tapi kini dah jadi teman rapat malah boleh share segala cerita dan perasaan..sweetkan??? dr alam maya ia menjadi sahabat realiti..

Gambar atas ialah gambar suasana restoran tempat CM dan Noor lunch bersama,meriah restoran ni,ramai pelanggan yer ,sebab kat sini banyak asam pedas dan lauk yg sedap-sedap...

Kami makan apa yer...asam pedas daging tetel,daging dengdeng,kerabu mangga,sambal belacan 3 jenis..telur masin,ulam segala ulam..
psssst,rupanya kak ngah tu peminat ulam tau....sebab tu dia minat sungguh dengan watak Saudagar kaya...Tuan Ismet Ulam Raja....

sedappp sungguh asam pedas daging tetel ..lauk rasmi orang melaka ni...rasanya macam mak CM buat...
di Melaka kenduri kahwin pun buat asam pedas daging ni...sedapp loor,mungkin org negeri lain tak biasa dengan resepi ni..tapi di Melaka ia sungguh popular...CM menikmatinya...rasanya tak cukup nasi sepinggan..

Cuti sekolah...tak lengkap kalau tak tengok wayang,budak2 ni pasti menuntut janji.Cuti kali ni kami tengok pilemmm hebat penuh khayalan dan imiginasi `Alice in Wonderland`...tak berkelippp mata CM dan anak-anak tengok...perrrghh terasa kembali muda menghayati cerita `Alice in Wonderland...hehehehe..




psssst:sorilah ayat berterabur.....sekadar berkongsi cerita....

Isnin, Mac 8

Minggu nii result SPM keluar...

Laporan dari LPM..Result SPM dan STPM akan dikeluarkan pada hari khamis 11hb Mac ni,aduhaii berdebar-debar CM,CM mengajar hampir semua kelas tingkatan 5.Apapun keputusannya...tu lah kenyataannya,moga semua berjaya.Semua cikgu nak lihat pelajarnya berjaya.Insyallah.


(soalan sejarah Kertas 2 SPM 2009...cuba kawan-kawan tengok,boleh tak kekawan jawab????)

Tahun ni genap 10 tahun aku bergelar guru,maknanya dah 10 generasi mengambil SPM bersama tunjuk ajar aku,tiap kali SPM keluar aku pasti berdebar-debar,bagaimana kah hasilnyer,berbaloi kah segala tunjuk ajar ,namun apapun keputusannya kita redha dengan segala ketentuan.Insyallah mereka yang beruasaha gigih pasti mendapat hasil yg baik...Biasanya pelajar yang ku jangka mendapat A pasti mendapat A kerana sebagai guru kita tahu kemampuan mereka,pelajar cemerlang aku tak bimbang tapi yang menjadi kebimbangan ialah pelajar diaras "GA LUS" iaitu diperingkat gagal dan lulus,hati selalu berdebar-debar,aku pasti akan ucap tahniah pada golongan pelajar ni jika mereka berjaya mendapat kredit..

Lokman,Syed Izzat,Meor dan Razif....ni wajah mereka lepas menjawab paper sejarah november lepas.Kata mereka hepi giler cikgu...semua soalan cikgu spot keluar.kami lehh jawabb cikgu!!!!!!..aduuh 4 orang ni selalu buat aku kecut perutt,bukan tak pandai tapi main lebihh,doa sentiasa mengiringi kamu semua...jangan lebih sorakk yer...tapi mereka ni lah pengarang jantung,walaupun notti tapi selalu mennceriakan kelas...

yang ni cool n steady..pelajar-pelajar harapan sekolah,,hehehe,nampak lainkan dr yg sweet n nottii kat atas tu....pelajar-pelajar ni lebih serius ,fokos...cikgu2 tak berapa bimbang golongan yang sebegini..

ni CM masa mula-mula mengajar..training teaching selama 13 minggu di Bukit Bintang Boy School,PJ...masa ni tak biasa lagi dengan skill mengajar,dapat pelajar lelaki semuanya,Situasi ni benar-benar menduga iman dan kesungguhan,masa ni selalu bertanya pada diri...Betulkah aku boleh jadi cikgu???alhamdulillah masa mematangkan...aku kini bahagia menjadi guru..


Doakan pelajar CM semuanya mendapat kejayaan cemerlang,Insyallah...tiada hadiah yg lebih berharga untuk seorang guru selain dr melihat pelajarnya berjaya dunia dan akhirat...

Selasa, Mac 2

Safiya Humaira...lenalah dalam dakapan kasih tuhanMu...


Tika kau merenung jauh
merenung masa depan yang suram
mengintai sayang dari kamar kasih yang usang
menagih cinta dari jiwa yang gersang...
mengharap belaian dari sentuhan manusia syaitan..


tika itu....
Kau dipijak..kau diinjak
kau dilambung kau disepak
kau ditampar,kau dihempas
tangismu syair merdu buat iblis durjana
esakmu  gelak tawa manusia hina
deritamu santapan kotor lelaki buta
sengsaramu makanan enak si buas neraka
airmatamu minuman manis penghilang dahaga
Namun nafas terakhirmu adalah kekalahan mutlaknya


Pergilah wahai si manis yang suci
Disana ditaman firdausi
kau dibelai bidadari syurga
Kau diusap kasih suci tanpa noda
Dari dipijak kau disanjung
Dari dilambung kau dijunjung..

Sudah tamat deritamu wahai wangian syurga
Bermain bergembira disana
Dengar segala kisah dan cerita
dari malaikat pilihan tuhan untuk kamu si bunga syurga


Damailah engkau disana
Tak perlu menangis lagi
Tak usah meraung,meratap hiba
Lenalah anak dalam dakapan kasih
Yang Maha berkuasa



Tinggallah ibu...tinggallah datuk
Mana dirimu saat safiya meraung dalam derita
Tulikah telinga saat safiya menangis hiba
Hilangkah suara saat safiya mohon dibela
Butakah mata saat safiya sakit disiksa


Selamat tinggal ibu
Air mata dah tiada harga
Esak tangis sudah tiada makna
Safiya pergi berkubur segala derita



Pesanku wahai ibu
Bersihkan diri dari noda
Sirami diri dari lumpur dosa
Cari tuhan yang telah kau lupa
Kembali ke pangkal jalan
Sujud taubat pada tuhan
Singkirkan cintamu yang sesat...
Serah diri pada Allah yang maha hebat....
Safiya tunggu disana wahai ibu.....
Segala persoalan...jawapanya adalah dalam ketentuan Tuhan..




datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today