yg sudi bersama cm....

Sabtu, Februari 27

Kisah Orang Sombong bodoh!!!!




Petang itu aku dan Cikgu Siti perlu ke persinct 16 untuk mencari satu barang untuk persiapan hari merentas desa sekolah.Siti memandu santai sambil kami berbual-bual ,lepas satu ke satu traffic light kami lepasi.Jalan di Putrajaya memang sunyi tapi banyak traffic light,kadang-kadang menimbulkan kebosanan.Sampai ke satu trafik light adalah 4 biji lori tanah di hadapan,menyebabkan sedikit kesesakan kerana lori bergerak perlahan.tiba-tiba kami sedari di belakang kami ada sebuah kereta Perdana Hitam kelihatan menyodok-yodok mahu memintas kami,kami pula  agak perlahan kerana mengekori lori tanah,Kereta tu menyalakan lampu dan cuba menghimpit,Siti kata pedulikan dia,Siti tetap mantain memandu tanpa memberi peluang pada pemandu di belakangnya untuk memintas.Kata Siti kita duduk dilorong yang betul kita tak perlu takut pada apa ancaman pun.Siti memang begitu tegas dan berpendirian.Tak hairan dia dinaikkan pangkat sebagai guru cemerlang dan sudah setingkat grednya denganku walaupun kami sebaya.
pemandu di belakang kelihatan agak brutal,beruasaha menunjukkan kehebatannya bila dia cuba memotong dari sebelah kiri dari lorong kecemasan,fuuuuuh,akhirya dia berjaya memotong ,dia memandang tajam ke arah kami dan memberi isyarat seolah-olah meminta kami berhenti."siti'!!! mamat tu marah kitalah.aku sedikit cuak.kira-kira dlm 100 meter Perdana BGE 8&&% kelihatan sekali lagi menghimpit kami dan memberi isyarat seperti polis trafic minta kami berhenti ke tepi.Siti dengan beraninya berhenti dengan tenang di satu tempat yg agak luas.Tapi kata Siti kita jangan keluar dari kereta ,biar dia datang.Mamat yg sedang marah tu meluru keluar dari keretanya.Siti menurunkan cermin kereta dan menegur.."apa hal encik"???????


Tak semena-mena  mamat tu menengking kami dengan ayat yg keras dan suara yg sangat sombong...
"Camni lah orang pompuan,kalau memandu bodohh tak tahu peraturan"!!!!!!
fuuuhh aku terkejut,kaget dengan nada suaranya...wajah siti merona merah,Siti keluar dari keretanya,aku tahu siti dah mula marah.
"please encik yerrr,apa hal ni.?????"""..kata Siti...
"Kau boleh tanya aku,ko tahu ko memandu macam orang bodoh!!!!!
,mamat tu ulang lagi perkataan bodoh,bagi saya lelaki tu cukup kurang ajar,
saya perhatikan dia saya cuma diam,lelaki tu mungkin baru berusia 28-30 tahun,masih muda,bertali leher ,berkemeja kuning air dan memakai name taq bernama Sh@$$$..kelihatan segak tapi melihat budi bicaranya buruh Bangladesh yang menyapu di tepi jalan tu lebih mulia dan tinggi darjatnya dari lelaki yg kelihatan berpendidikan tapi sombong macam orang jahiliah..

"hello encik!!!!!!
,salam takde kenapa tetiba memaki hamun ni,kami tak langgar pun kereta encik,lainlah kami langgar,encik yg menyondol kami."""!!!
...kata Siti,nada suara gurunya keluar,juga cukup tinggi selaras dengan nada mamat biadap tu..

"Aku nak cepat!!!kau terhenggeh-hengeh kat depan!!!!...mamat tu membalas...
""Eh,encik yang tak tahu peraturan jalan raya,kenapa marah kami.????
..perang mulut sudah bermula,mungkin kerana marah diperlekehkan keluar satu ayat yang buat aku dan siti mual yang kami tak sangka boleh kuar dari mulut mamat hamprak ni...
"""Ehhhh,pompuan ko tahu aku sapa???
fuuuh cara panggilan yer pada kami cukup kurang ajar,
""hahhhh ko sapa,kata Siti????
AKU PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK TAU DG 41!!! siswazah lagi..
hahahahah,aku tergelakkkkkkkk,siti tersenggihhh,tak daya nak kuar kata seketika,melihat kebodohan dan ketandusan idea mamat yang baru nak lihat dunia,dan baru berkepak ni..
Samibl tersenyum sumbingg Siti menyambung,apa!!!! ko ingat kami budak lulus darjah 6,kami siswazah jugak ,saya ni DG44 lagi  Alhamdulillah dah berpangkat guru cemerlang pun..
yerrr kami tak sebutpun...aku tetiba bersuara,aku lihat wajah mamat tu sungguh kelat..

Siti berkhuthbah.
..Sori yer encik,even ko menteri pun(siti ni kejap ko kejap encik)kami tak pandang arr,simpanlah pangkat hang tu dalam bonet kereta buruk hang tu...
hahahaha baru aku sedar kereta mamat tu perdana V6 model lama yang mungkin dah berusia lebih 10tahun.
''kereta hang bukan kemek pun,hang nk marah-marah,kereta saya myvi ni rm 49k tau,lebih mahal dari kereta hang,aduuuuh aku tergelak dengan kenyataan Siti,keluar pulak harga kereta dia,Siti kelihatan begitu serius.
Siti menyambung ...jangan ingat ko pakai tali leher ,ko pegawai gomen ko pandang orang lain cam sampah!!!!
fuuuh seketika aku cam tak caya siti yang kukenali ni dah bertukar karektor,pandai gaduh jugak kawanku ni.garang sehhhhhh

"hahhhh lantak arrr,!!
mamat tu seakan menjerit dan terus ke keretanya dan dia blah begitu saja meninggalkan kami.
Dalam kereta aku menyatakan kekaguman pada cikgu Siti,ko garang yer Siti!!!!dengan budak2 sekolah ko baik,tegas tapi lembut.

"""Aku ni mas,jangan jolok aku,jangan cakap kasar dengan aku,aku boleh lebih kasar dari orang tu,kalau tak aku tak boleh hidup sorang cam ni,kita kena berani pertahankan hak (siti sudah bercerai dengan suami akibat konflik rumahtangga dan 4 bulan selepas itu ex husbandnya meninggal dunia akibat kemalangan),kalau kita betul,kita jangan pernah takut,kalau kita tak kuatkan hati orang tindas kita,kita jadi mangsa.Aku tersentuh dengan kata-kata Siti,kerana aku ni lebih banyak mememdam dari meluahkan,hatiku tak sekuat mana,aku lebih rela terluka dari melukai,bravooo siti,sedekahkan sedikit kekuatan dirimu padaku....aku bangga dengan kamu,jika aku tak sekuat kamu cukuplah aku bersahabat dengan insan-insan kuat seperti kamu,moga tempias yer juga boleh dapat padaku.


Ketika menulis kisah ini aku juga teringat pada sahabatku yang jauh.dia juga seperti Siti,malah lebih hebat dari Siti,kuat dan berani mempertahankan hak,sangat yakin diri,sangat percaya pada keupayaan diri.Dia tak membenarkan dirinya ditindas oleh sesiapapun.Tak hairan dia boleh berjaya seperti hari ni.Namun dia tak sombong,malah sangat merendah diri.Katanya dia kalah pada budi bahasa,pada kerendahan hati insan lain.Sejak dirinya ku dekati diriku ini ku kenali,Moga Allah memberkatinya..


Sebelum sampai ke Percint 16 aku tetiba terpikir sesuatu!!!!!!
"""ehhhhh siti mamat tu kata dia PTD DG 41,??????????"""
DG41 tu kan gred untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah@cikgu cam kita!!!!!!!
Kalau PTD diorangkan pakai Gred N ke M???,napa pulakkk dia guna DG?????
hahahahahaha...kami gelakkkkk besar,alahai kantoiii,nak bercakap tak study dulu
agaknya despatch atau pembantu am sekolah agaknya!!!!!!!!!!!!
Kami tergelak sambil mengeleng kepala...


MORALNYA PADA ADIK-ADIK NI.....
JANGAN SOMBONG,RIAK DAN BONGKAK
 ...ALAHAI RAMAI LAGI ORANG LEBIH BERPANGKAT DARI KITA,
JGN BARU BERGELAR PEGAWAI DAH TAK NAMPAK RUMPUT DI BUMI,
HANYA MEMANDANG BINTANG DAN BULAN,
SEDANGKAN DI BULAN TU DAH BERJUTA BINTANG-BINTANG MEMAGARI,
KITA DIBAWAH HANYA SEPERTI PUNGGUK MERINDUI  BULAN.
IKUT RESMI PADI MAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI!!!!!!!!


Ahad, Februari 21

Ikuti Kisah Sahabatku...


Aku anak orang susah cikgu,
kemiskinan  dimasa kecil mengajar aku erti hidup.
Kesempitan hidup membawa aku mengenal erti budi,
Hidup ketika itulah yang membentuk jati diriku kini.Meskipun kini aku dah berjaya cikgu!!
,aku tak mahu menonggak  langit,!!!!!.



.antara salah satu kisah sedih berlaku pada tahun 1975
...cikgu dengar yer....


ketika itu aku baru berusia 9 tahun,
satu hari mak dan abah membawa aku ke bandar,nak ke Kuala Lumpur untuk mengambil wang pencen abah..girangnya hatiku tak terkata,inilah peluang untuk aku berjalan dan berkesempatan menaiki bas,peluang ini sentiasa aku nantikan.Abah dan mak membawaku bersama ke satu bangunan tinggi,
kini bangunan tu bergelar Cahaya Suria.


Dari situ kami menahan bas untuk pulang selepas selesai mengambil wang pencen.
Masa itu wang pencen sebanyak RM 230 itulah sumber hidup kami sekeluarga di bandar besar ni,.
Kami menaiki bas tata tahun 1970an,kembang hatiku dapat naik bas,aku meninjau-ninjau pemandangan luar,kesibukan kota dengan kenderaan bersimpang siur buat aku ralit.


Tiba-tiba mak menarik tanganku,
bas berhenti lamunanku juga terhenti.Aku terpingga-pingga ,
kedengaran juga suara konduktor bas tu bertempik kasar seolah menghalau kami.
Mak terus mengheretku turun,wajah abah kelihatan berkerut,resah dan bimbang.Aku masih lagi kebingungan,kami turun di satu kawasan yang sungguh asing buatku,
kini kawasan tu dah jadi shopping complex Pavilion.
Aku bertanya pada abah kenapa turun disini????kenapa bukan di Kampung P ,
disitulah rumah kami......


Dengan wajah berkerut kebimbangan abah menjawab
"dompet duit abah dah kena curi".
..mata mak berkaca,.
.abah menyambung "kita kena turun dari bas sebab abah tak de duit nak bayar tambang nak!!!
..ooh aku sebenarnya kurang mengerti,aku hanya mengikut langkah abah dan mak,kami berjalan kaki pulang ke rumah,cuaca yang panas dan tenagaku sebagai budak kecil menyebabkan aku merasa benar-benar keletihan,Jauh benar perjalanan dari Jln Pudu ke Kampung P dengan berjalan kaki,
tapi apakan daya kami terpaksa...


Sampai ke rumah kami di sebuah kawasan setinggan cuaca dah gelap,
rumah kami tiada elektrik,kebetulan bekalan minyak tanah habis,kami tak de arah ,
abah tiada satu sen duit pun lagi,semua duit abah telah dicuri..mahu tak mahu terpaksa abah menyuruh aku ke rumah nenek meminjamkan sebotol minyak tanah untuk kegunaan kami malam tu.
Aku menurut kata abah,tapi malangnya sampai saja ke rumah nenek dan aku memberitahu pesanan abah aku terus di herdik "apa kau ingat rumah aku ni welfare????kasar jawapan nenek.

Aku pulang dengan hampa tanpa setitis pun hajat kami dipenuhi.
Aku memberitahu abah.
Abah menjawab ringkas "tak per arr".Mungkin abah dah faham dan masak benar peragai nenek,
malam tu kami sekeluarga berteman cahaya lilin.
Malam tu jugak abah memanggil kami 7 beradik berpesan
"JIKA DAH BERJAYA DAN KAYA JGN LUPA TOLONG ORANG YG MEMERLUKAN".
.pesan abah ku ingat sampai bila-bila cikgu!!!!


Bulan itu hidup kami sangat sulit cikgu.
Abah meredah semak belukar mencari ubi kayu untuk bekalan makanan kami sebulan hinggalah kami mendapat duit pencen untuk bulan seterusnya.
Saudara mara langsung tak menjengguk membantu.
Prinsip abah kalau dah orang tak mahu tolong jangan diminta lagi.
Kesabaran  dan kasih sayang ibu bapaku menyebabkan tak pernah sesaat aku melupakan mereka.
Merekalah sesuatu yang terbaik dalam hidupku.
Namun kini mereka dah tiada untuk ku balas segala budi.
Hidup mereka diuliti kemiskinan namun tetap pasrah dan sabar membesar kan kami 7 beradik.

Al fatihah untuk ibu bapaku...



Selesai sahabatku bercerita....
.air matanya bercucur keluar,
dia menangis!!!!
dia menangis untuk ibunya!!
dia menangis untuk abahnya
dia menangis untuk zaman kecilnya!!!
dia menangis kerana mengenangkan saudaranya..!!!!



AKU ,DIA DAN KISAHNYA...SAMA MENANGIS!!!!!!!!!!!!!!!






Selasa, Februari 16

Mari main masak-masak...




Dah lama dah CM nk belajar memasak Western food dari seseorang,
baru hari ni orang tu berkesempatan melawat CM,bermalam dirumah cm,dan memasak bersama cm dua hari berturut-turut.CM tuntut janjinya pada CM,
sbb CM kalau belajar memasak ikut resepi tanpa tunjuk ajar dari sesiapa biasanya hancusss.
..terutama speaciss kuih..


Jomm kita memasak `SOUTH WALES ADOBO CHICKEN...`fuyooo nama pun dah glamour!!!
psssst: ADOBO CHICKEN yer bukan ABODO CHICKEN.
ayam ni tak bodohhh,sebab yg masak ayam ni adalah seorang cikgu..yg tak suka tengok apapun kelihatan bodoh,hehehehe...

Ok,bahan-bahannyer...
seekor ayam...cari yg besar cantik,mongel dan seksi...
kecik molek tak main..tu ada sorang jer suker!!hihi
480ml oren juice...kami guna 1/2 botol besar Tropicana orange juice
125ml lime juice @ 2-3 biji lemon
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar daun rosemarry
7 biji bawang putih dicincang...7 yer afhdal
2 sudu besar serbuk cili
1/3 cawan olive oil
2 sudu besar black pepper
2 sudu besar white pepper
Semua bahan ni diperap bersama ayam seksi tu selama 2-3jam
Bakar selama 45 minit dlm oven.
..malangnya rumah CM tak de oven yg mahal tu,CM bakar dalam periuk tekanan tinggi jadi tempoh memasak jadi se jam..penat menunggu dan ayam tu tak sejelita dibakar dalam oven yg mahal tewwwww....tapi sedapppppp,rasa masam manis yer,menawan seleraku..cubalahhhh,anda pasti gumbira..



pssssst: kepada 2 orang teww,
cuba tengok ayam tu cm letak dalam apa????
mekasih yer...pada yg memberi dan yg membeli...iaitu Abg J dan Cik S..hehehe..



hahhh ni lah cikgu memasak CM
,namanya Amru Ahmad Shamsudin...dia bekerja di TGI Friday...
ada beberapa menu lagi dia ajar CM,mashed patato(...senang rupanyer),
spaghetti chicken Bolognese..dan Caesar Salad...

hmmmm sapa nk berkenalan dengan cikgu masak CM ni???
 single and available,berusia 29 thn berasal dari melaka
...hemsem tu takde manis ada....(alamakk terpromote pulakk adik sendiri)


pssst: Nanti CM cerita aktiviti masak-masak dan makan-makan kami adik beradik.
Cuti ni begitu terisi,hati ini terasa hepi dan ceria.
Alhamdulillah..

Ahad, Februari 14

Happy besday kak ngah...



Alhamdulillah ,rezeki saya,Allah mengurniakan saya kawan-kawan yang baik,jujur dan sepanjang hidup saya kawan-kawan yg saya gelar kawan baik,memang sangat baik.memahami dan umpama penyeri dalam kehidupan ini..

noor @kak ngah saya kenali di alam maya,setahun yg lalu,seorang wanita yang berperwatakan manis,yang menjadi teman baik saya kini.Kenali noor anda cepat berasa `nyaman ` dengannya.Banyak persamaan antara kami,auranya kuat.Seorang wanita yg halus
dan lembut tutur bicara,tapi mempunyai hati yang kuat dan lasak.


Hepi besday kak noor.
May Allah bless you,you re so special..thanks for everything and give me your shoulder to cry. on..
hmmm org cina sambut new year,org putih sambut valentine,org melayu n india sambut holiday.
  ....noor sambut besday...........semuanya berganda,,

dedicated this song for you....



If there were no words
 No way to speak
I would still hear you


If there were no tears
No way to feel inside
I'd still feel for you



And even if the sun refuse to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time

You're all i need
My love, my valentine



All of my life
I have been waiting for
All you give to me
You've opened my eyes
And showed me how to love unselfishly



I've dreamed of this a thousand times before
In my dreams i couldnt love you more
I will give you my heart
Until the end of time
You're all i need
My love, my valentine



La da da
Da da da da



And even if the sun refuse to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
Cuz all i need
Is you, my valentine



You're all i need
My love, my valentine



hepi besdayyy,,,nanti kita pi jenjalan yer.....moga murah rezeki hasil gotah bertambah hari demi hari..



Sabtu, Februari 13

Aku dan Ateeh,....

Sudah 3 bulan,sahabat baik ku ateeh meninggalkan aku meneruskan kelangsungan kembara ilmunya ke Wales UK.Selama itulah langsung tiada khabar berita darinya,aku keresahan,tertanya-tanya apa khabarnya ?kerana kami sangat rapat,persahabatan kami yg terjalin sejak tahun satu di kampus hinggalah kini.
Kami jarang terputus berita.Ketika menghantarnya ke airport aku jenuh berpesan buat akaun facebook tau atau Yahooo masengger,kita boleh berbual macam dulu,dia menjawab tengoklah,aku bukan sempat sangat katanya.anak aku ramai...laaa janganlah macam tu,nanti aku rindu kat ko...itu kata akhir saya,benar sungguh saya merinduinya.

Hinggalah satu petang,,aku menerima satu panggilan yang nombornya begitu asing .Aku tahu itu nombor antarabangsa,kedengaran suara yang amat aku nanti,dan menyapa aku dengan gurauan  biasa dia buat..galak dia bercerita tentang kehidupannya disana,cuaca tersangat sejuk katanya,sampai tidur pun dia memakai tudung(hehehe),2 minggu pertama sampai di Wales dia tak mampu untuk mandi..aduhaii,cuaca sejuk membuat dia sangat tak selesa.hahh dulu masa belajar dia berangan sangat nak pi negara omputih,hahh amikk!!!!!hehehehe..

Akhirnya penghujung bulan Januari ateeh mula menghantar email dan gambar-gambar anaknya melalui FB.
dapatlah aku meninjau khabar berita darinya.....
ateeh dan anak-anaknya,,,,bergaya dalam salji...sejukkkkkk katanya...tak tahan..
tapi cantikkk kot merah ateeh tu!!!!




kata ateeh budak-budak mudah menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk,tapi orang tua susah!!
ye ker????

Kalau anak ateeh main salji,anak CM main pasirr kat Pantai Bagan Lalang sepang..

Langsungg tak sejuk,panas berangin gitu,,hehehe,tak patah pakai sweater n snow cap,hehehehe

Ateeeh dan babynya.
...kawanku ni rezekinya murah beranak setahun sorang..
                     ateeh kata sementara dia ada disana,jommm lah ke Wales!!! penginapan ditanggung..   
                Alahaiii manalah CM mampu,tengoklah nanti...rezeki Allah siapa tahu....   
                           ateeh doakan yarrrr.                                    
Aku dan babyku.
..gambar 8 tahun dulu,dalam perut sudah ada irdina...
hmmm rindu saat-saat begiini..

Aku dan ateeh 10 tahun dulu....

Begitulah indahnya persahabatan,
dalam hidup kita sentiasa memerlukan sahabat.
Rasulallah menunjukkan contoh terbaik dalam baginda bersahabat.
Saidina Abu Bakar rela menadah kakinya dipatuk ular
ketika bersembunyi bersama rasulallah di Gua Thur.
Sahabat sejati adalah harta,
jika anda memilikinya hargai sahabat anda,
jangan pernah menggolongkan diri dalam golongan `kawan makan kawan`.
pastikan anda memiliki kawan yang sedia menangis bersama,
sedia menghulurkan bahu ketika anda terlentok kesedihan,
kawan yang berada di sampingmu ketika  dirimu tidak punya siapa-siapa.
Jika anda temui sahabat sebegitu ikat dia dengan ikatan persahabatan sejati yang disulami dengan keikhlasan dan kasih sayang ,kejujuran berlandaskan redha tuhan,
bersahabat kerana Allah,
seperti yang Nabi kita Muhamad saw lakukan.


IT TAKES A LONG TIME TO GROW AN OLD FREINDS
(John Leonard)

Rabu, Februari 10

Kisah Selepas Pulang dari KLIA.....

Pulang dari KLIA selepas menghantar dan bai-bai ciklie,
CM dan adik-adik ni berhajat untuk lepak di Cyberjaya,
Kata shima dia tak pernah masuk ke kawasan Cyberjaya tu,jommmm.kita `pekena makanan Arab kat sana, sempena kita menghantar ciklie pulang ke Arab Saudi.
...jomm arrr,tak tahulah rasanya sama ker seperti yg CL selalu paparkan blognya.
Tapi kalau di Klang Valley ni,Restoran Barakah masakan ala Algeria dan Restoran Sanaa masakan Ala Yaman memang selalu jadi sebutan......
Shima dan Hanis menumpang kereta budak encemmmm ni...CM naik MAS dengan anak-anak arr,
driver Citi Nur ni sangat bersopan di jalanraya,mungkin masih baru sangat sayang lg `citi nur ` yer...

Ni lah restorannya.
..tak ramai sangat orang,Cyberjaya memang sunyi kalau hari Ahad..

Laaa kenapa pulakkk ni,"malu-malu tapi mauuuuu."
...gaya adikku berdua seperti bersalah dalam kes `tangkap basah`
oppppps sori arrr,jangan malu arrr,sama cantik  sama padan tu...


Yang ni afeeez punyer...
Ni menu afeeez katanya Chicken Khabsah...nasinya sedap tapi ayam tu cam over cooked...
Yang ni hanis punya
Ni pilihan Hanis katanya Chicken Mandy...cam nasi kunyit rasanya.
..emmmm entahlah tak tahu sedap ker tidak sebab tak pernah makan nasi ni di negeri arab,
ciklie jer boleh jawab...

Yang ni CM punya.
..Chicken Grilll,ayam setengah ekor abisss anak CM makan...
sedappppp....


Si hemsem ni.... ni tiada siapa yg punyer
kalau berhajat tekell arrr...hantaran dia cuma 20k
baik,bersopan dan yang pasti sangat semattttt budaknyer..

Yang ni CM punya....hehehehe
towkey restoran barakah....CM order ayam panggang dengan tuan yer sekali
kak ngah jangan jeless arr...

Alhamdulillah semuanya kenyang
...harganya agak berpatutan,6 orang makan dengan semua hidangan tu,
bil yg perlu kami bayar cuma RM 98.00...oklah..



P/S:gembira bersama adik-adik ni,
namun hati tetap sayu melihat kepulangan CL ke Makkah,
sebab banyak lg hutang yg belum ku langsai,buku tiga lima masih aktif tu..
pada CL `andainya aku pergi dulu`(kata Alleycats)dirimu halalkanlah segala janji yg belum tertunai tu...ek..





Isnin, Februari 1

Satu kisah di Damansara...

Sabtu lepas masa cuti Thaipussamm
CM berpeluang `outing`dengan kekawan...aduuuh terasa kembali muda beb.
..2 orang mak dara dan dua orang bujang menyertai sesi outing ni,
kami berbual,makan-makan dan jalan-jalan.
Sebenarnya bukan mudah nak dapat peluang cam ni,
my big boss kata "go mama...enjoy urself"...thanks dear....
So kak senah bawak kami makan dekat CHILIES One Utama Damansara..
.fuuuh thanks you cik senah,moga murah rezeki cik senah...terasa kaya makan disini!!!hehehe

Kak Senah dapat bonus,kak senah berhajat nak belanja kekawan makan,
kata orang rezeki jangan ditolak...tapi kalau `rezeki` kat Kota Tinggi tu kami lagiiiiiiii tak tolak,!!!!!hahaha...
Pak itam bila nak belanja kumpulan AlBammmm ni?????
isssh.isssh..Pak Itam tahu tak tangan sapa yg pegang piring tu?????syyyyyhh rahsia kasi simpan arr...

Lepas solat Asar,kami menyusur pulak Jalan Fuad Taman Tun Dr Ismail,
Masa ni sorang dari kawan kami dah balik...biarlah dia balik sebab kawan kami tu popularr nanti ada orang kenal tak beshhh arrr,hahaha..
Kak Senah sangat familiar tempat ni...tempat Senah main pondok-pondok jer.Senah nak kami rasa ayam masak hitam dan nasi beriani yang tersohor di KL town ni...Restoran Ismail kami serangggg.....



Tu diaaaa!!!!! hidangan menyentappp jiwa untuk anak dara `keturunan mummy ni..
.
fuuuh memang sedapp giler genggg...
CM tak makan!!! sebab jaga badan....hahaha...boleh kah anda mempercayainya??????

Kata anak dara ni....."fuuuh!!!! puas dapat makan...makanan ruji keturunan kami
...makanan omputih tak puas lah kak...
makan dik,jangan malu-malu,kali ni biar kak tipahh belanja....
balik nanti kita puasa,

Kata dia "kalau dah keturunan mummy dan mamu,,kalau tak dapat roti canai boleh meroyan sehhhh!!!...
fuuuh sungguh ayu dia.....
siapakah wanita jelita ini????
biarlah rahsia????


Apapun kenangan bersama kekawan sehati sejiwa ni,sangat indah...moga kita berpeluang untuk bersama lagi..Insyalllah....

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....