Seminggu dah berlalu,Ahad minggu lepas,selepas subuh CM dah bergegas siapkan apa yang patut dirumah,berkemas,sebab sangat excited untuk menghadiri gathering PDKM di Setiawangsa.Perjalanan dari rumah CM ke Setiawangsa mengambil masa lebih kuat 40 minit,tapi sebab sunday jalan tak jem,CM sampai lebih kurang 30 minit.CM memandu sendirian.Sehingga ke hari ni CM masih lagi ralit meneliti satu demi satu entry kekawan yang semuanya amat teruja berjumpa dengan blogger kesayangan kita Saudara Azli yang mesra kita panggil ciklie.Hari ni CM nak berkongsi cerita-cerita menarik di sebalik gathering.
Selain dari sangat hepi bertemu rakan blogger makanan yang dihidangkan sangat hebat.wahhh majlis gathering ni punya menu sangat istimewa ,,,semuanya sangat sedap.CM makan tak pandang orang,CL yang lalu lalang 3 kali menegur CM "amboiii cikgu,makan sajer" kata CL sambil mengembungkan pipinya signal saya ni tembamm,hehehe menci tau!!!
Gambar atas gambar rojak buah air tangan dan kaki kak ngah @kak noor,hehehe air kaki ???????
jangan salah faham tau!!!Kak ngah berjalan kaki ke pasar Chow Kit mencari buah-buahan tu semua,cari punya cari kendondong dan mangga muda tak de.Call adik manis di Shah Alam untuk meninjau di Pasar Tani Shah Alam.Alhamdulillah ada.Kak ngah dan dua anak dara tu,shima dan hanis memotong buah-buahan dengan begitu cantik.kata kak ngah anak dara yang memotong biar manis buah tu sesuai dengan darah mereka yang masih manis...
Kak Ngah sebagai mak dara mengadun kuah rojak,dia buat sendiri tau..fuuyooo buah tak habis kuah rojak dah abis dulu,Jujur CM kata kuah rojak kak ngah `sedap giler you`.CM risik resepinya..kak ngah kata:
2 botol sos cili Aminah Hassan (sos tamin,maggi,adabi tak main tau)
Sebotol kicap manis,Kicap Kipas Udang lah tu
Segemgam cili padi (kurangkan kalau tak tahan pedas)
garam dan gula ,boleh jugak bubuh gula melaka
pas tu adunkan, jadilah kuah rojak campurlah dengan kacang goreng hancur dan bijan...
Di sebabkan terlalu sedap .Kak ngah beritahu dia dah dapat 100 tempahan sehari.Tak menang tangan katanya.Lepas menoreh pagi-pagi kak ngah terpaksa mengadun kuah rojak.Murah rezeki kak ngah,Kak ngah tak lama lagi MPV Toyata Unsernya akan bertukar Toyata Alpahard Insyallah.Kuah Rojak Mak Bie yang banyak dipasaran tu mungkin akan gulung tikar kerana kehebatan kuah rojak kak ngah.
seronoknya anak-anak dara ni menerima tasbih-tasbih cinta dari abang aji,
Alamakkk kenapa yg bertudung merah tu jer tak dapat tasbih ????
sebab apa abang aji????
exkuis me CN bukan dara lagi arr sudah beranak tiga sehhhh,redho jer,
tapi ijinkan CN menyelit,tapi CN tetap cun dan `mantap lagi tu.....
CN,Ainhanny,Taj,Tika dan Syima ( FB Shima)...................
bagi sikit lirik lagu ketika cinta bertasbih (Mellly Goslow)
ketika cinta bertasbih
nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku
merantai bukti cinta
garis tangan tergambar
tak bisa aku menentang
sujud syukur padamu
atas segala cinta......
Adoii kak UmiAzudin dengan kak mala dan hero AZ ,nampak jugak Dr (suami mamaju) ceria mengambil hidangan yang sedap-sedap tu..berbaloi sungguh kak umi datang dari Ipoh naik bas makan bakso yg sungguh sedap.
Cerita pasal kak mala yang bertudung purple tu,orang pertama yang ditemui CM lah.Kami berpelukan di tempat mengambil wudhuk di masjid tu.Kak Mala dengan sopan dan manis menegur CM.Bila saya kenalkan diri saya kata Cikgu mas,kak mala begitu teruja,dia kata antara orang yang dia nak jumpa sesangat CM lahhh,sampai ke ruangan parking masjid dia tinjau kereta CM.sudah yer CM orang pertama yang dia temui.Salam sayang untuk kak mala.
Bakso tu sedap sangatkan!!!.CM sebelum ni tak berapa suka makan bakso sebab kekadang meat ball nya berbau daging yang amat,tapi lepas makan bakso air tangan Puan Mahani,isteri Pengerusi Masjid CM dah mengidam nak cari bakso.Hanis sempat tanya resepi.Hanis!!!! nanti buatkan kak Mas yer!!!.....
Kuih muih yang lazat-lazat.Kuih bakar tu pulak.juga dr sumbangan Kak Shidah.Sempat CM membungkuskan ayahanda kuih bakar tu.senyum manis ayahanda menerimanya.Dadih tu CL order bersama karipap.hehehe dadih tu CM rembat 5 bekas bawak balik kat anak-anak.Cake coklat dalam aluminium foil tu air tangan kak hanim,sedapp,kak hanim bagi CM satu bekas tau,puas anak-anak CM makan.mekacihhh kak hanim.
Ini semua rezeki dari Allah.CL dan AJK semua tak menyangka rezeki melimpah ruah,sumbangan rakan blogger lebih banyak dari tempahan.CL sempat bisik pada saya,dia bimbang makanan tak habis.Rezeki ni bukan sahaja dapat dinikmati di majlis ni tetapi jugak untuk anak-anak di rumah.Kak Shidah juga banyak menyumbang cenderahati berupa coklat dan kuih muih yang lazat.dalam kalut untuk menyambut menantu kak shidah beruasaha untuk bersama kita semua.Tumpah sudah kasih kak Shidah pada Ciklie bagai anaknya sendiri.tak lupa pada temanku wan rusyhaini yang menyumbang tepung pelita dan cucuq badak.wooowww,sampai sekarang CM terus terkagum kawan sekelas CM di UM ni dulu dah jadi bisneswoman berjaya.Kreativitinya menghasilkan cake PDKM buat semua yang hadir teruja,
Makanlah kekawan ini semua rezeki dari Allah.Doakan kita dapat bersama lagi setiap tahun setiap kali CL dari mekah ,bersama kita menumpang berkat dan aura dari Mekah.
yang bertudung maroon tu Ainhanny ker???
hmm sabar menunggu bakso yang lazat tu..
Dari jauh tu CM nampak Puan Mardziah dari Kemaman,bertudung labuh warna kelabu yang sedang tekun tunduk menyusukan baby nyer yang berusia 3 bulan dan disebelahnya anak lelakinya yang berusia 2 tahun sedang menikmati mee sup ,laparrrr dia,kesian!!!!.Ibu muda yang bertubuh tinggi lampai ni sangat kuat semangatnya untuk bertemu tuan punya blog yang amat dia kagumi,CM sangat terharu dia datang ke KL menaiki bas bersama dua anak kecilnya.Rezeki dr Allah,Mardziah berjaya mendapat cabutan lucky draw dr ciklie sebagai kenang-kenangan.
yang tunduk berbaju coklat bertudung berbunga di hadapan sekali kak shami atau Pn.Nordisham.Cm sangat teruja bertemu dengannya.Tak sempat berpelukan sebab dia tiba orang sedang baca doa,Kak Shami ni sungguh lawa orang nyer,berkulit bersih berwajah tenang dan sungguh manis perawakannya.Kami berdua teruja sungguh bertemu,Kak shami mengucup kepala CM,aduhh sampai sekarang CM terasa kemesraannya,sayang kami tak dapat bersembang.Keterujaan kami mungkin kami berkongsi minat dengan abang samad hehehehe....
BEBERAPA FAKTA YANG KAWAN-KAWAN
TAK TAHU...
Walaupun kononnya kami ni AJK tapi 90% majlis gathering ini dikendalikan oleh CL sendiri .Hebat CL ni...
Dari Isnin sampai Ahad sebelum majlis tu CL sangat sibuk,ke hulu hilir ke sana ke mari.
hehehe,dalam sibuk-sibuk melayan tetamu CL kempunan nak makan kuih koci,kesian dia kuih koci dah habis!!!!paberet katanya.sapa2 boleh tolong buatkan
CL kata kalau ada pertandingan baju paling lawa,baju kak ngah yang menang..
CL tak beri buat cake besday tau,tapi CM lawan jugak bila tengok CL senyum,senang hati CM..
Masa majlis tu jugak CL dapat semangkuk masak lomak..????? salai dari seorang peminatnya..hehehe.
Berkatnya majlis ini bajetnya lebih rendah dari jangkaan.
Rasanya masa majlis tu CL tak makan apa-apa pun malam dia lapar hahaha..
CL kata tahun depan dia nak buat lebih grand,semua datang tau.Pak Itam ditunggu.
Kesemua kos majlis ditanggung oleh CL,kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan CL murah rezeki.