yg sudi bersama cm....

Ahad, September 27

Setelah 15 tahun berlalu,aku temui Patt......(my follower yg ke 50)..


Aku tak pernah sangka blog ciklie PDKM,telah membawa aku menemui seorang sahabat lama yang sangat aku rindui,15tahun berlalu sekalipun aku tak pernah terserempak denganya walaupun dia ku tahu menetap di melaka.sehingga dalam satu n3 baru-baru ni ,sahabatku ini menyapa......



 ummu_hanis berkata...


cikgu mas? nama suria. masuria ke? sori ye kalau silap org. teringat pada sorang kawan yg nama nye masuria. salam syawal.
2009 September 26 21:08








SALAM UMMU HANIS@FATIMAH@TIM


YA ALLAH,SUBHANALLLAH,OOOI TIM,AKU ARRR NI MA`SU,KITA SEKELAS MASA FORM 6 USULUDIN( UMMU SALAMAH)KAT SHAROD TELOK MAS 16 THN DULU...UWAAAA DAH 15 THN KITA TAK JUMPA ARRR,KO TAK SILAP ORG ,AKU CHECK DAH JABATAN PENDAFTARAN,NAMA AKU SORANG JER CAM NI KT MESIA NI,HEHEHE...




ummu_hanis berkata...


ya allah mas, suka nye aku. Ko tau tak, setiap kali aku tulis blog kan aku musti teringat kt kau. Ye la masa tulis blog je aku perlukan skil menulis. Kt sek`olah aku ngajar math. Bile memblog tu aku mesti teringat ko kt bile nak jwb ketas, tulis aje apa ada dlm kepala sudah. Asal die panjang sudah. Hihihi. Tak sangka kite jumpe kt 'mekah'.

2009 September 27 09:29




Ya Allah!!! kawan-kawan semua CM hepi sangat... walaupun CM masih lagi menjadi penunggu setia di hospital ni,tapi melalui aktiviti memblogging ni,aku temui si "PATT" ,atau Fatimah Abdul Rahman.Kawan sekelas di Sek.Men.Kebangsaan Agama Sharifah Roadziah Teluk Mas Melaka.Kami sekelas ketika di tingkatan 6,tapi Patt,tak meneruskan study sampai peperiksaan STPM sebab Patt dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Perempuan Melayu Melaka,jadi cikgu matematik dia.


hahaha patt ko teringat aku masa menulis yer???aku tahu kenapa..??? dengan perasan teror aku jawab.."dulu aku kan teror menulis,aku suka buat cerpen,aku suka buat esei dan aku paberet student cikgu sastera kita cikgu Yusoff,aku sangat minat menuliskan????tapi kenapa aku tak jadi penulis???aku bukan tak try jadi penulis patt,aku sempat study Penulisan kreatif di UM ,tapi aku tak boleh komited dengan aktiviti itu,aku tak mempunyai penguasaan displin yang tinggi untuk jadi reporter ..aku nakal,macam nakal yer kau.........tapi aku nakal lomah lombot,ko nakal comel.....hahaha

Patt
aku tak sangka ingatan kau menemukan kita,mungkin diblog ciklie hati kau tertanya-tanya siapa cikgu mas,aku tak izinkan ciklie interframekan wajahku,agaknya kalau aku interframe ramai lagi kawan lama aku jumpa .tapi tak pa arr  aku tak selesa glamour,macam kau tanpa wajah aku ...kau tetap dapat rasa aku kawan kau,itulah sahabat,

sapaan kau membawa aku ke dunia penuh keriangan di asrama Sharod thn bila patt??? hmm tahun tak penting,aku teringat kat kau lah  patt,ko sangat ceria orangnya,kau cakap cepat macam keretapi laju,ko suka nyanyi lagu omputih,ko peminat Luke Perry hero drama Beverly Hill tu,rambut kau cantik,pendek ala Lady D,masa aku tulis ni aku teringat kecomelan cara kau berjalan,Senyum kau walaupun kau dah tak de gigi aku tetap ingat sampai bila-bila,senyum kau sangat ikhlas,kau menceria suasana kelas,pas ko pi maktab kelas jadi hambar,kau selalu ckp kau tak minat buat form 6 byk benda kena baca,tapi aku minat betul aku cenderung pembelajaran ala hujah dan perbincangan,kau tinggalkan kami,ko jadi cikgu matematik arr.Aku habis STPM dengan jayanya,fulamakk patt bukan riak... tapi sikit eksyen aku dapat jugak beberapa ketul A dalam STPM dan aku jadi top 2 best student STPM,Top 1 Taty Salwani,aku dgr dia jadi lawyer sekarang,top 2 "mokcik" yg tengah menulis ni,top 3 Asyura Azmi ,syura pi study kat UKM n aku lost contact.....

Patt,
ko hebat yer sekarang,kau pandai masak,kau pandai jahit,anak kau dah empat......mesti suami kau sayang kat kau,sejak bilanya kau pandai menjahit ni???kau dulu agak tomboy kan.Masa merubah segalanya,aku yg kononnya lomah n lombot ni apa pun tak tahu,masak kicap tahu arr,hehehe.Kawan-kawan yang ada kat melaka tu produktif belaka,aku jumpa fauziahtun anak dia dah 7 uu,fuuh umur baru 33-34 kan....dia cikgu jugak,sekolah kitakan semua pompuan,...Sharod dlm kenangan...

Patt aku teringat kau suka sangat lagu fauziah Latif....."Aku sebutir Pasir"....lagu ni aku tujukan untuk kau!!!.....


Aku Sebutir Pasir



Artist: Fauziah Latiff



Senandung rindu mendayu

Mengiring langkah yang makin tersungkur


Terlalu jauh pendakian

Begitu tingginya harapan


Bermusim lama mencari


Tak ku temui sampai kini






Tak henti jiwa dipalu


Dugaan demi dugaan menguji


Rebah dan bangun sendirian


Mencari bumbung perteduhan


Mereka riang tertawa


Aku hanya sebatang kara






Perjalanan masa


Mengajar hati


Semakin tabah kini


Di dalam kemarau dan gerimis


Aku tetap tabah mengharungi






Tuhan


Aku bagaikan sebutir pasir


Yang lemah lagi kerdil


Teguhkan keimanan jiwaku


Agar tidak terpesong darimu






Beribu teman ketawa


Payah ku temu


Yang sanggup bersatu


Di dalam susah dalam senang


Yang hadir cuma kepalsuaan


Dugaan demi dugaan


Aku pasrah menadah tangan

P/s : Aku excited sangat,thanks pada ciklie,blog nyer menemukan aku dan kau,aku ada di hospital lagi ni.....satu hari kita akan jumpa yer........

Hari kedua di hotel 5 bintang (HBM) Bukit Baru Melaka...(_part 2)

Pukul 4.30 pagi mama terjaga dari lena,aduuh mama terasa senggal dibahagian pinggang,dina tidur lasak,syukur mama tak tergolek bak nangka busuk di lantai sepital ni,kalau tergolek mahu yer gempa bumi,hahahaha...katil ni hanya cukup untuk kanak-kanak berusia 7 tahun,mama tak kira mama tak rela tidur atas kerusi plastik ni,mama seboleh-boleh mengecikkan badan yang sudah sedia `kocik` ni..hasilnya mama berjaya share katil dgn dina..hehehe (moral of the story)..tolonglah sedar badan tu perlu dikuruskan..



Malam tu ,Alhamdulillah dina dapat tidur lena,walaupun dihimpit oleh mama yg seperti raksaksa kecil ni...hehehe...aku selak bajunya perhatikan aliran nafasnya dari perut,kelihatan normal tapi mungkin denyutan jantungnya laju,pukul 5.30 pagi dina perlu ku kejutkan untuk sedutan nebulizer dan makan ubat,Dina bangkit dan memberi kerjasama,selesai dia booooommm balik,10 minit pas tu...cik misi yg comel datang untuk mengesan kadar oksigen dalam darah dina,Alhamdulillah oksigen dalam darah dina kembali normal,cuma paru-parunya masih ada sedikit bunyi looorrr,dina pun terus tidur,kekadang tersenyum,hmm mimpi jiwang kot???...hehehe



pagi tu,kira-kira dalam pukul 8 pagi selepas misi mengagihkan sarapan,datang seorang bayi comel bersama ibunya yang berwajah mesra,Ibu nya tersenyum,aku menyapa baby girl yang comel tu,"Nape ni sayang???,demam panas kak,!!!ibunya menjawab..baby tu merenggek menarik baju kurung ibunya...ibunya memandang aku tetiba dia bertanya "Kak,!!misi dah bagi makanan pagi yer???anak saya ni laparlah kak,tetiba kena masuk wad,ayahnya tak sampai lagi,saya tak pegang satu sen duit pun"..dalam serba salah ibunya menerangkan situasinya.Aduhaiii,aku bergegas mencari hand bag,dan menghulur sesuatu pada ibu baby tu,"hiss banyak sangat ni kak,nanti ayahnya datang saya ganti yer??? ibunya serba salah...tak payah-payah!!!! alah sepuluh hinggit jer,anggap akak bagi duit raya jer!!!aku tersenggih...dengan comelnya baby tu mengikut ibunya ke pasar mini hospital ni,balik ke wad baby yang bernama "Nur Alia Najwa",membawa bungkusan makanan dengan girang dan menikmati roti potato tu dengan begitu berselera,hmm jauh beza dengan dina yang tak mahu makan ni,hasilnya mama terpaksa menghabis semua makanan berkhasiat dr sepital ni,hehehe..tak boleh membazir,membazir sahabat syaitan,kita tak mau kawan dengan setan,so kita habiskanlah,fuuuh rosak diet mama sepanjang bulan pose,huhuhu...(takut malam seterusnya katil dina bertambah kecik untukk ku tumpangi....)



(GAMBAR SELEPAS ALIA DISERANG SAWAN TARIK,,,ALIA KELIHATAN LEMAH,,,,,BERBANDING KETIKA DIA BEGITU BERSELERA MENIKMATI ROTI PAGI TADI....


Tetiba sekitar tengahari aku yang sedang ralit mengadap my lappy,aku terdengar suara panik ibu Alia memanggil misi...Misi!!!!misi anakkkk sayaaa!!!,CM terkejut ,kerana Alia betul-betul sebelah katil dina,CM selak langsir ,aku lihat Alia keras kekejangan,matanya ke atas,dia dah tak sedar,badannya sungguh panas.Kelihatan misi dan dua org doktor berlari ke arah ibu Alia,Alia baru sudah menyusu dari susu ibunya ketika itu,air susu mengalir dari mulutnya,kalau tak dirawat segera,Alia mungkin kena kancing gigi,,Alia di tepuk kuat oleh misi sambil diseru namanya,sambil speaking london doktor yang berbangsa cina tu mengarahkan Alia dipindahkan,dalam masa 2 minit,Alia sedar semula,membuka matanya.Alhamdulillah,Org melaka kata Alia diserang "SAWAN TARIK"aku hanya tercegat dan seorang temanku mencadangkan Alia dibasahkan dengan air zam-zam,Semalam ada seorang kakak menawarkanku sebotol air zam-zam,kerana adiknya baru balik dari umrah,aku pun segera berjumpa kakak tu dan meminta sedikit air zam-zam untuk Alia,Alhamdulillah ada rezeki Alia.Alia pun sedar .tapi lelihatan sungguh lemah,Ayah alia tak henti mengalunkan zikir di telinga Alia.alia bertuah ada seseorang sudi mendoakan Alia di tempat yang sungguh berkat.Ibu dan ayah Alia tak henti mengucapkan terima kasih pada orang sudi mendoakan anak yer tu.


Ketika ibu Alia menghadapi saat genting,aku  rasa syukur,anakku tidak seteruk mana??di wad ni berbagai derita si kecil dapat aku perhatikan ,suara tangisan yang tak mengerti apa-apa kedengaran begitu sayu tika mereka dicucuk,di beri ubat dan sebagainya.Untuk melahirkan rasa syukur,selalulah berdamping dengan orang yang lebih kurang dari kita...kita doakan adik "NUR ALIA NAJWA'.berjaya sembuh....saat aku menaip cerita ini alia masih lagi demam...sabarlah Azlina (nama ibu Alia)allah mengujimu..


P/S : Jangan ambik mudah jika bayi kecil demam,kata doktor sawan boleh menyebabkan kerosakan otak yg teruk.Bila oksigen tak sampai ke otak,byk organ dan saraf boleh terhenti fungsinya.,kecacatan boleh berlaku.Alhamdulillah sepanjang aku membesar putera dan puteriku aku tak pernah melalui detik cemas seperti ini....

Sabtu, September 26

Kita Beraya di wad kanak-kanak Hospital Besar Melaka(Part 1)





Malam raya ke empat,tidurnya benar-benar tak lena,mama lansung tak dapat lelapkan mata,bunyi nafasnya sangat kuat disertai batuk yang keras.Mama dapat mengagak apa yang perlu dibuat malam ini,Cuaca sejuk di kampung menyebabkan dina menjadi gelisah,Suara renggekan manjanya menjadi teman mama di malam itu,Setengah jam berlalu,mama dukung dina masuk kereta dan mama terus bawa ke klinik,Seperti biasa sedutan nebulazer jadi santapanya,dia sedikit lega,Malangnya jam 4.30 pagi,dina terjaga dari tidur,muntah di atas katil dan kembali termegah-megah,Aku bangun memberi dina ubat,menyapu dadanya dgn vicks,dia terlena tapi sedutan nafasnya keras,tika dia menarik nafas perutnya membentuk lekuk  besar,aku terlena..

Tiba-tiba aku rasa ada tangan kecil mengoyang-goyang kan tubuhku,aku sungguh mengantuk rasanya pukul 5.30pagi baru terlena.Aku membuka mata dina memandangku..."Ma,bawak dina pi hospital,tak tahan arr"suaranya amat dalam,mata yang mengantuk terus segar,"Ok.ma solat subuh dulu pas ni kita pergi",,,aku bergegas bangun.Permintaannya menunjukkan dia di tahap yg amat menyiksakan,,Mandi ala kadar,pakai ala kadar ,ku tukar baju dina dan terus mendukung masuk ke kereta.Aku kejut adik am ku dari tidur,untuk membantu menghantar kami ke hospital besar melaka kira-kira 20 km dari kampung.Kebetulan abah dina dah pun balik ke KL.Aku perlu hadapi ni sendirian.Sampai ke Jabatan Emergency dina terus di hantar ke klinik rawatan asma,haah dia rupanya dah sampai zon kritikal,kandungan oksigen dalam darahnya sangat minima,Aku panik,berselawat dan berzikir apa yang patut aku duduk tenangkan diri,3 kali diberi rawatan nebulizer,hanya 70 % sahaja paru-paru mengembang,Dr Suhaib memberitahu mahu tak mahu dina perlu di tahan di wad,Aku redha dan memang dah dapat mengagak pernyataan itu.



Jam 11.00 pagi dina di hantar ke wad kanak-kanak HBM tingkat 1,di beri rawatan nebulizer 2jam sekali sehingga malam,keadaannya belum improve.tak selera makan langsung.Gambar diatas hari kedua barulah dina berselera menikmati bubur nasi bersama tomyam ikan,itupun cuma 5 sudu makan.tapi apapun Alhamdulillah dia kini dah nampak sedikit perubahan.Malam tu aku tidur di wad kanak-kanak ni di atas katil kecil.aduuh sakitnya badan mokcik ooi....hehehe...pape pun mama senyummmmmmmmm........ada lagi yer ceita....tunggu..!!!!!

Jumaat, September 25

Jom mengenali insan tabah bergelar maiyah.....


Aku Ibu pada Ayuni dan Fizuan,Sorang OKU yang masih dalam pencarian Ilmiah.....tak berapa cerdik...tak cantik N suka bersahabat....bukan mencari cinta hanya mencari cinta Ilahi

KATANYA LAGI.........

PERJALANANKU MASIH PANJANG....

AKU BERSYUKUR ATAS APA YG TERJADI....SESUNGGUHNYA ITULAH RAHMATMU...AKAN AKU TERUSKAN HIDUP INI DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KESABARAN..


Sebenarnya pertama kali aku mendengar nama Maiyah di Sekolah Chenta,masa itu doktor menangis membaca entry maiyah di blog Perjalananku masih Jauh,Aku dengan lantang bertanya pada doktor..."Kenapa doktor menangis,????lelaki mana boleh menangis!!!,Doktor menjawab dengan panjang lebar mengapa seorang lelaki boleh menangis,aku amati dan hayati satu persatu penerangan doktor,namun mungkin kerana egoku aku kurang cenderung pada jawapan doktor,aku kira sahabat ku itu masih belum memberi jawapan tepat,aku perlu mencari sendiri jawapanya dan mungkin dia ada di blog Perjalananku masih Jauh.Kesibukan dan kemeriahan hari raya menyebabkan hasrat itu tergendala,sehingga pada satu malam sahabat baikku menceritakan tentang kisah realiti seorang wanita yang mempunyai ketabahan luar biasa bernama `R`.Malam itu juga mataku begitu segar,kisah R tergiang-giang di minda,dan malam yang panjang aku pun mengembara di alam maya sehingga aku bertemu seorang wanita hebat bergelar `MAIYAH`........dan kalau doktor hanya mengalir airmata,tapi aku...menangis tersedu-sedu dimalam itu tika aku mengiringi kembara maiyah dalam Perjalananku masih Jauh.



Maiyah
Berada dalam duniamu aku terasa begitu malu dan kecil,aku seorang wanita yang sihat dan kukira sempurna,punya keluarga dan anak-anak yang comel ,berkerjaya dan dikelilingi orang yang masih menyayangiku,Tapi aku seringkali memandang perjalanan hidup ini adalah satu perjalanan yang melalui lorong yang sempit dibawah satu pengertian `Hidup ini hanya Sementara`..dalam kesementeraan itu adakalanya aku lemah dilambung perasaan dan ketakutan ketika memandang kehidupan yang akan datang...Tapi dirimu wahai Maiyah...memandang hidup ini dengan mata terbuka,Kau seperti seekor Jentayu yang patah sayap bertongkat paruh,patah paruh bertongkat dagu,patah dagu bertongkat kuku...itulah ketabahan Jentayu...


Teman-temanku

Pergilah bertemu Maiyah,seorang wanita yang pernah memiliki kehidupan yang sempurna tapi kini bergelar Orang Kurang Upaya.Dalam ketidakupayaannya,,dia memandang ujian yang dihadapi adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah.Aku menangis menghayati kesakitannya menempuh hidup di atas kerusi roda akibat kerosakan Saraf Tunjang yang menyebabkan Maiyah lumpuh kerana kemalangan.Kesedihanku makin dalam membaca kisahnya menghadapi pemergian suami tercinta tika kemeriahan Hari Raya Ketiga beberapa tahun dulu akibat kemalangan jalan raya dan tangisanku makin panjang apabila dia terpaksa mengorbankan naluri keibuaannya tika dia menyerahkan anak yang dilahirkanya kepada orang lain untuk anaknya melalui kehidupan yang lebih sempurna.Lihatlah dan hayatilah bagaimana wanita istimewa ini memandang dunia.Dia seorang yang begitu positif,optimistik,redha,dan kuat.Solat,Zikir,AlQuran dan doa adalah penemannya tika meneruskan kembara dalam Perjalanan yang masih jauh.........Sesunguhnya orang hebat diberi ujian yang hebat persis Nabi dan Rasul kerana syurga itu tidak murah...


Maiyah

Sambutlah salam persahabatan dari aku,aku sentiasa mencari sahabat yang membimbing aku mengenal dunia,mengajar aku tentang erti ketabahan,menunjukkan aku jalan yang lurus.Jika sukar aku temui di alam realiti aku selongkar dialam maya,Dengan izin Allah aku telah menemui beberapa sahabat impian,izinkan aku wahai maiyah mengiringi perjalananmu,agar semangat dan kekuatanmu meresap dalam jiwaku...



Teman-temanku...

P/s: Adakala kita bergelak ketawa,ceria dalam melalui hari-hari kita,tersenyum dengan penuh harapan,mengintai di tempurung kaca,gembira menulis untuk diri sendiri,mengembara ke pelusuk dunia dalam catatan perjalanan,meraih Pengalaman di Kota Berkat,dan memandang hidup seindah pelangi...apa kata kita pergi mengiringi dan menemani Maiyah dalam Perjalananya yang Jauh...pi click kat senarai blog CM tu ..untuk menemui `Maiyah`.....





Rabu, September 23

Jom..bergaya dengan baju raya......

She `s not camera shy....mama nya tersangat lah shy dengan camera,huhuhu..
tapi irdina bagi jelmaan diriku di satu masa dulu,seorang kanak-kanak perempuan yg manja dan ceria....


Salam Aidilfitri  dan hiiii....untuk teman-teman mama semua ....muaaaah,muaah

Alhamdulillah,kebelakangan ni my girl sihat,tengok tu dia possing dgn baju raya dia di rumah nenek...
Bergaya dengan black gown pilihanya sendiri......




Rambut baru dina untuk raya ni...di atas pangkin di rumah nenek..
aunty n uncle semua dina nak duit raya..........

Ampun dan maaf dari kami sekeluarga,raikan Aidilfitri sebulan ni.....(sorilah marwan tak suka bergambar)




Dah pun raya ke empat,ada yang dah mula kena bekerja.Alhamdulillah sambutan Aidilfitri kali ini diraikan dengan tenang sambil menyaksikan keriangan dan keceriaan anak-anak.Bergaya dengan baju baru berwarna warni .Zaman kanak-kanak sangat indah,aidilfitri kanak-kanaklah paling gembira,kalau aku dulu sejak hari ke 15 berpuasa aku dah mula menghitung hari nak beraya,mulah plan dengan kawan-kawan nak beraya ke mana,rumah cikgu pun kami pergi,beraya sakan dari pagi sampai ke petang,sampai naik bas tu nak beraya,zamam tu terima duit raya seringgit,sangat banyak rasanya,purata duit raya yang aku terima selalunya sekitar RM 20-40 sahaja,tapi di hari rayalah kita merasa memegang duit kertas berwarna merah,melihat keceriaan anak-anak tetiba aku teringat nostalgia zaman kanak-kanak berulang kembali.......

Sabtu, September 19

Aidilfitri di kampung halaman...salam aidilfiri untuk semua







Salam Aidilfitri dari CM dikampung halaman,CM sampai Melaka pukul 4.00 petang semalam,Jalan sedikit sesak antara Nilai hingga Seremban,banyak kenderaan,dan beberapa siri kemalangan berlaku,langgar melanggar dari belakang,Hujan petang tu menambahkan kesesakan yang ada.Alhamdulillah perjalananku selamat.



Sepanjang perjalanan selepas keluar dari Tol Air Keroh,kemeriahan Aidilfitri dah terasa,sepanjang jalan hingga ke kampung,banyak gerai menjual daun ketupat,lemang panas,daging lembu segar,kupang,lokan,kerang,kuih dan biskut raya dan dodol melaka yg sedap tu...hmm sejak semua adik beradik dah berkahwin tradisi mengacau dodol dah lama tak dibuat oleh kekuarga kami semuanya beli sekarang,


Sampai dirumah,wah berseri-seri rumah mak,berdinding hijau bercat baru,Langsir warna kuning diraja dah siap digantung.Berseri-seri wajah mak dan abah menyambut kepulanganku,3 kucupan mesra dipipi hadiah abah untuk anak manja dia ni.Hanya aku sahaja yang beraya dgn abah n mak tahun ni,Abang Long ke Gurun Kedah,Abg Ngah ke Jelebu N,Sembilan,Sis Intan di Kota Belud Sabah,Adik bari ke Johor Bahru,Terasa sedikit sunyi beraya tahun ni,harapnya ramai tetamu boleh menampung kesunyiaan beraya tanpa adik beradik yang lain.Hmm fikir balik bersyukurlah ,ada yg beraya seorang diri tu..alahai teringat temanku ciklie di makkah..sabar yer ciklie..Anda sangat beruntung dapat berziarah ke Rumah Allah.



Dah berunding dengan mak menu kami ketupat ,rendang ayam kampung,lodeh,sedikit rendang daging,sup dan kuah kacang.Aduuh,aku sahajalah jadi bibik di dapur dah tak de orang lain,tukang masak,tukang cuci,tukang potong dan segala tukang di bawah jemala bahu patik.Senyummmmmmmm....dihari raya..



Esok hari rayakan dikesempatan ini
CM nk ucapkan Salam Aidilfitri pada semua follower yg CM sayangi khususnya buat teman2 yg rapat..
Ciklie,Noor,Hanis,Ayah Zain,Rezeki,Datin Nija,Shahmi,Azemi,K.As,Che Pit,Afezz,Tika,Adik Red,Cikgu KS,Imran Paris,Khairyn,Ummi Humaira,Doktorku ,dan semualah follower CM,dan yang sudi datang bertandang.Ampun dan maaf atas segala dosaku.Kita terus bermesra diruangan ini bagai saudara.Sepuluh jari ke pohon memohon maaf atas segalanya.
Doakan CM tak terlebih makan,dikuatiri balik sekolah pelajarku tak boleh cam,hehehehe...



Isnin, September 14

Keluhan seorang teman...


Baru-baru ini aku menerima panggilan dari seorang sahabat lamaku ketika di universiti,kami sangat rapat,makan bersama,ke kelas bersama,bergurau,menangis,berjaga malam bersama..segalanya seperti adik beradik,hubungan kami sangat rapat bagai isi dan kuku,aur dan tebing.
yah.!!!!!.(dia memang suka memanggil aku dgn nama yah,,kependekkan dari suria)...kau teruklah langsung tak ingat aku""...keluhannnya menusuk di pendengaranku...
"la sapa kata tak ingat,???sibuklah dari hari ke mari nak telefon,tapi selalu aku terlupa""
...aku membela diri
"ye lah tu,alasan jer"...nada temanku seperti merajuk,
dan lama kami berbual,bertanya hal kerja,anak-anak dan perancangan hidup masing-masing,Hanya berbual di talian tanpa boleh melihat renungan lembutnya,senyum manisnya dan mimik wajahnya,dalam pada itu terasa begitu rindu pada masa lalu,zaman kita boleh kita katakan zaman kegemilangan,zaman itu akan lebih banyak masa kita di habiskan bersama kawan,sahabat dan teman.kita pasti ramai kawan sepanjang kita meniti kedewasaan,
P/s : Masa aku tapi n3 ni dah nak pagi pun.....kepalaku dah sebu,apa yang ingin sampaikan ialah
....hubungilah teman-teman lamamu,ucapkanlah SELAMAT HARI RAYA...mereka pasti bangga atas ingatan tulus ikhlas dari kita,aku cuma mahu mengaitkan cerita di atas sengan ucapan Selamat hari raya.Berfikir sejenak dimana perginya teman sekolah rendah,menengah,kolej,tempat kerja dan kenalan lama mu,Jejaki mereka dgn ucapan penganti diri...

Sabtu, September 12

Cintaku terlalu mahal..katanya.!!!!



Aku bertanya pada temanku ....................................................
Sampai bila mahu bersendiri..mengapa sukar sangat menerima cinta??????????
Jawabnya.......dengar sini Mas...
hayati dan kau tahu isi hatiku...dan jangan bertanya lagi?????
Cintaku tak mudah aku ucapkan
Tak mudah cintaku dicari
Tak mudah untuk diberi
Kerana hati cintaku terlalu mendalam
Lebih dalam dari lautanm Atlantik....
Cintaku terlalu mahal
Bukan murah untuk dibeli
Bukan senang didapati
Kerana hati cintaku ...
Adalah hatiku terlalu luhur
dan sangat ikhlas pada cinta..
Aku terlalu percaya
Bila hati ini bersih dan ikhlas
demi sebuah cinta....
Bahtera cintaku gagah melayari lautan cinta
Tanpa takut pada ganasnya gelombang
Cinta suci inilah ku bawa
hingga hujung nyawa diakhir hayat...
Bila cinta itu kutemui
Allah sahaja berhak menamatkan
dan memadamkan api cinta yang membara dihatiku
pada yang tahu isi hatiku,yang faham rasa cintaku
Hati yang menguasai cintaku
bukan nafsu.............
jawabku.......
baiklah wahai teman...
aku faham
 jika tidak kau temui pemilik cintamu ini didunia ...sebagai temanmu aku doakan cinta itu disambut oleh bidadari syurga.......kini kau cukupkanlah mas kahwin untuk kau lamar bidadari syurga..seindah gambaran cantik nya Ainul Mardiah penghulu bidadari disyurga ......yang mempunyai 99 wangian ditubuh.............aku akur adakalanya cinta manusia mungkin bukan milik kita..yang bersendiri pasti berteman di syurga nanti......
P/S ....apapun pandangan datin nija,my sweet doctor doctor chenta,..Ayah  zain,rezeki...and...the all my follower tolong nasihatkan temanku ini...dan izinkan aku mengetahui pandangan dan pesona bicara teman-temanku pada maknanya CINTA.....??????

Jumaat, September 11

Begitu letih dia berpuasa.





Aku masuk ke kelas 4 Kejuruteraan Awam..beri salam pada pelajar....pelajar jawab
"Walaikumsalammmmmmmmmmmmmmmm cikgu mas!!!!
Pelajar terus baca doa....tapi ada sorang pelajar ni masih asyik mencium meja,tak sedar apa berlaku tu,ribut taufan pun dia masih jugak macam tu,aku biarkan dulu,selesai baca doa pelajar pun duduk ditempat masing-masing bersedia untuk belajar....tapi aduhai hero sorang ni masih dengan dunia dia..........
aku datang kat dia....dah memberi satu massage yg dia tak leh lupa sampai bila-bila hehehehe...
geng...nape pelajar ni jadi begini????????dulu masa geng sekolah ada tak wat camni???cuba ingat balik,pernah cium meja...meja bau camner???

Rabu, September 9

Ibu Mertuaku...


Semalam waktu bersembang dengan kawan.

Cikgu wana bertanya padaku.
"Mas!!! u raya mana tahun ni"....
"Melakalah,mana lagi???i mana ada ibu mertua,my husbandkan yatim piatu!!!"..
"Aduh,beruntung u mas,tak payah dok gaduh,bergilir bagai,i kalau raya mula dah dok pikir balik mana"????...cikgu wana menyambung,,
"La!!!! beruntung ker saya.????....aku bertanya sedikit pelik



Ramai orang kata aku beruntung,terutama waktu raya,aku tak perlu kalut bergilir beraya di rumah ibu mertua dan kesedihan di pagi raya mengingatkan ibu sendiri.Kata kawan-kawan suamiku telah `dimelakakan`..betul ker???hmm,mula-mula dulu aku rasa ini satu kelebihan,tapi bila dah matang,ini aku anggap satu kekurangan.Apapun nilai syukur perlu ada dalam diri.Allah akan tambahkan ganjaran jika terus bersyukur atas apa situasi.Tiada ibu mertua,aku masih punya ibu sendiri.


Jauh sudut hati aku rasa aku kekurangan sesuatu,aku tak pernah rasa belaian kasih ibu mertua,aku berkenalan dan bernikah dengan suami saat dia sudah bergelar yatim piatu.Di universiti dia terpaksa berhempas pulas membiayai kos pengajiannya sendiri,bekerja sambilan,berbagai kerja dilakukan untuk menamatkan pengajian.Aku sering merasa sangat kasihan ..Aku boleh lagi menadah tangan pada ibu bapa,kakak dan abang saban bulan untuk menampung hidup dikota besar.Tapi dia??? ada satu masa saat dia sangat tertekan dia terpaksa menangguhkan satu semester pengajiannya.Kehidupan yang sebegitu menyebab suamiku menjadi seorang yang `tersendiri`..adakala aku terlalu sukar untuk aku fahami.


Tanpa ibu mertua,aku rasa amat kurang.tiada tempat untuk rujukan,kata orang nak kenal seorang lelaki rujuk pada ibunya,kalau ada masalah terpeliut hati misalnya,ibunya tempat mengadu,tapi aku tak berpeluang melalui semua itu,aku tak pernah kenal dan pandang wajah ibu mertuaku hatta sekeping gambar pun tiada,yang ku tahu dari ipar duai namanya Mariam.Dia seorang ibu yang sangat lembut,meninggal dunia tanpa melalui sakit panjang,cuma demam sehari,dan meninggal akibat tekanan darah tinggi saat dia berpenat lelah menjaga cucu.Mendengar cerita itu aku agak kesal dengan sikap segelintir anak -anak yang tega membiarkan  ibu tua yang berpenyakit menjaga anak kecil yang lasak.fuuh inilah anak zaman sekarang,pandai beranak tapi tak mahu menjaga,ibu yang dibebankan sedangkan dah habis usia ibu membesarkan kita.


Tanpa ibu mertua juga,terus terang aku katakan aku perlukan kajian mendalaman untuk memahami lelaki yang bergelar suamiku,walau tidur sebantal,adakalanya aku bagai tidak mengenal siapa dia???Dia pun seorang yang agak pemdiam,berbanding aku yang tak berhenti bercakap.Adakalanya sebelum tidur aku galak bercerita macam-macam,dari pagi sampai petang segala aktiviti aku lapurkan,tapi rupanya segala cerita dan hikayat yang aku dendangkan dah masuk dalam mimpinya.Aduhai bersabar je lah,dah tidur rupanya!!!!Masa bercinta rela dia dengar segala hikayat dari seorang penglipur lara,hmm bila dah kahwin..bila aku mula bukak buku dia punya ayat"dahlah yang,tidolah esoklah cerita yer"...huhuhuhu..mula-mula dulu memang merajuk tapi sekarang alah bisa tegal biasa...Soal makanan kegemaran suamipun aku belum habis belajar kami dari negeri yg berlainan,aku di selatan dia di timur.Aku pedas dia manis,bila ditanya nak makan apa? ayatnya "ikut yang ler,masak apa pun abang makan!!"..akhirnya aku masak apa aku suka,kalau ada ibu boleh dirujuk kegemarannya.

Jadi semalam,bila tengok n3 seorang teman mengenang seorang ibu,hatiku terusik,hmm beruntung orang yang punya ibu mertua yang baik dan menyanyangi menantu atau bakal menantu sepenuh hati..Hargailah ibu mertua pikat hatinya,seperti kau memikat hati anaknya.Orang kata macam mana kuih begitulah acuannya.Penyayang ibunya penyayang lah anaknya,pandai mengurus tangga ibunya,pasti turun pada anaknya.Bahagia rumahtangga dengan restu ibu dan bapa.Betul tak kak as,Datin,AZ,Che pit,Noor,Rezeki dll..betulkan????


tak mahu dengar dialog mak dara dalam filem ibu mertuaku.
."kalau kau aku dah tak suka,seluruh keturunan kau pun aku benci,pergi kau dari rumahku"..
.hmmm pikir-pikir n timbang-timbangkanlah....

Nape CM letak gambar strawberry 3 biji tu.????
...hmm cintanya semanis strawberry... I LOVE YOU..
.

Isnin, September 7

Bila mama dah jadi raksaksa....

Pagi yang indah,,hmm cuti yer,berehat-berehat di rumah.Selesai semua kerja,anak-anakku pun dah mandi comel  dan berseri,aku pun mengambil my lappy merancang untuk berdating dengan uncle google.Sebelum tu rumah kawan-kawan perlu dijengguk,menanyakan khabar di hari nuzul Quran ni.Pergi Mekah dulu ambik berkat aduhai ada berita sensasi,temanku bercadang menjadi org minyak.Balik Malaysia menjengguk ke Puchong,meriah melihat datin berbuka puasa bersama orang tua. Ikut highway pi Pontian ada lagu sahabat sejati aduh rasa syahdu dihati.Menjengguk pula 2 bujang sensasi Apizz dan pyjarl..dua orang ni sentiasa menghiburkan hati,anak dara manis dua orang tu hanis dan tika masing-masing masih lagi letih dan busy.Tak lupa jengguk Rezeki melihat kesyahduan ibadah haji.Imran pulak mungkin busy belum ada kisah baru menanti,Shahmi pun masih belum buat new entry.Tak lupa juga kawan-kawan lain yang sangat aku cintai.Begitulah rutin hidupku,cara berziarah alaf baru,kalau org kampung dulu-dulu umpama menempek dirumah orang di pagi hari.samalah denganku kini,,jejak pasti ada di rumah teman-teman.
Aku menjeling anak-anakku di satu sudut di ruang tamu.Irdina leka menulis ABC,marwan pula ralit melukis dan mewarna.Nampak damai pagi ni..Tiba-tiba....
.
"Arrrrrgh...janganlah!!!!!!
suara marwan memecah kedamaian...
kelihatan irdina sedang cuba mengambil pencil warna milik abangnya..
Pinjam arrrrr!!!!!!....suara budak pompuan ni pun aduhai binggit telingaku...
"Tak boleh,jangan kacau abang wan!!!"""
sambil menjerit....marwan menarik ganas pencil warna di tangan adiknya...
fuuh sekelip mata,tangan kecil irdina sudah menarik rambut abangnya,
abangnya yang kesakitan mengunakan kaki menendang apa yg patut,
irdina menjerit,terus mengigit lengan abangnya.
Abang terkejut,tangannya menarik rambut si dina,suara dina menjerit memanggil nama mama.
Sekelip mata juga aku lihat adegan itu dah bertukar ala WWF,
fuuuh aduiiii,apa aku patut buat?????wisel perlu ditiup,pengadil perlu berfungsi,
ku tarik keduanya dari terus bergelut,kaki marwan masih lagi mahu menendang,,,
irdina masih ternganga bagai nak membaham mangsa....
sudah!!!!jangan bergaduh kenapa ni!!!!!!aku meleraikan suasana
"dina kacau wan.!!!!!"
...marwan seolah menjerit....aku pantang anak tinggikan suara..
"marwan cakap dengan mama elok-elok yer"
.....suaraku keras....marwan menunduk kepala,tahu dia buat salah....
""abang wan kedekut mama,""
nak pinjam colour pun tak boleh.!!!!...irdina dah menangis...kesakitan mungkin...
"dah jangan bergaduh lagi,!!!!
..aku memujuk irdina mengosok lembut kepalanya
marwan menjeling irdina tajam..irdina jelirkan lidah,
provokasi masih berlaku..tak puas hati tu...
"""dah,dah jangan bergaduh..tak baik"""
...aku bangun untuk ke dapur....
tiba-tiba satu jeritan kedengaran
mamaaaaaaaa!!!!! suara irdina memecah kesuyian pagi....
fuuuuh tahu apa terjadi?????????
depa bergelut lagi....
..
aduuuuh aku rasa aku perlu bertukar menjadi RAKSAKSA......
PSIKOLOGI DAH TAK JALAN...
PUKULLOGI KOT DI PERLUKAN........??
puuuuup,puup..
.dua-dua kena sorang satu-satu,......
marwan merajuk masuk bilik,irdina dok menangis di celah sofa....
sambil menangis marwan berkata......
"""huhuhuhu,mama tak sayang marwan ....asyik buat kerja mama jer...."""
Allahuakhbar......apa yang aku dengar ni..????
.....huh anakku memprotes rupanya...
alamak geng anak dah bising camner ni?????????????????????

Sabtu, September 5

Katanya....."Cintaku hanyut di Lautan Sepi".......(sebuah kisah cinta terhalang)

Dalam kita semua bergurau bertukar idea tentang berbagai persoalan timbul satu kenyataan dari Cik lie teman kita tu "Cintanya hanyut di lautan sepi"...aku sendiri tertanya-tanya mengapa cik lie sering berkata begitu..????..hmm kenyataan itu membawa aku mengimbau kisah seorang temanku yang ku rasakan mirip seperti ciklie.Temanku seorang lelaki yang dah menempuh usia matang,bergaya,berjaya,berbudi bahasa dan ku rasakan tiada satu pun yang kurang untuk dia meraih perhatian gadis,namun ia masih sendiri.,sepi atau sunyi hanya dia yang tahu dalam dia menempuh perjalanan hidupnya...



Satu hari ketika kami berbual membincangkan satu persoalan tiba-tiba temanku bertanya...."Mas !!!kau nak tahu tak kisah cintaku?????....hmmm pasti aku nak tahu,persoalan ini dah lama dalam benakku..mengapa kau masih sendiri?????"Mas aku rasa nak share dengan kau satu cerita yang aku jarang cerita pada orang lain....Kisah cinta pertamaku...cinta yang abadi besemadi dijiwaku hingga kini,cinta yang membawa aku mengenal diri,cinta yang membentuk aku menjadi manusia,cinta yang mengajar aku erti pengorbanan,cinta yang membentuk aku menjadi matang dan cinta itu mengajar aku bahawa cinta sejati tak semestinya
bersatu....


Cerita lah wahai teman,aku sedia mendengarnya,kesudian kau bercerita padaku adalah satu penghargaan besar ke atas aku bahawa kau mempercayaiku...aku dah tak sabar untuk mendengarnya...

.................................................................................................

Mas..

Aku jatuh cinta buat kali pertama ketika aku berusia 24 tahun,aku dah bekerja tapi hanya sebagai budak pejabat(temanku kini sudah berjawatan tinggi).Ketika itu aku berkenalan dan bekerja dengan seorang wanita yang kita boleh panggil `Nor` sahaja.Nor seorang yang istimewa aku tak pernah sangka kami boleh jatuh cinta.Nor sudi memandang dan mengasihiku walaupun antara kami jauh berbeza,bagai langit dan bumi...



hmmm sambil tersenyum temanku menyambung,Nor lain dari yang lain,Nor tidak menunjukkan dengan ketara rasa hatinya padaku,dia indah berkias,gelodak hatinya ditempiaskan dengan cara yang cukup kewanitaan,hingga aku seorang lelaki mentah ini tidak pernah menyedari ada rasa cinta di hatinya,..Untuk bertemuku nor sering memintakan aku membelikanya nasi lemak setiap pagi,nor sering meminta aku membantunya,rupanya itu cara noor merapatiku.Nor bukan calang-calang wanita,nor berpangkat dia company sectreatary dan aku hanya seorang peon.Nor seorang wanita yang menjadi rebutan.bukan dikalangan pekerja bawahan tapi dikalangan manager dan director,Tapi mengapa aku yang dipilihnya,????




Aku tak pernah hairan mengapa dia menjadi perhatian lelaki.Nor sungguh cantik ,wanita yang memiliki wajah yang manis,berkulit putih gebu,bertubuh kecil molek,memiliki suara dan gaya bertutur yang begitu lembut..itulah yang menjadi igauan dan mimpiku hingga kini.Tiada apa yang kurang pada nor di mataku.Budi bahasanya sering diperkatakan oleh semua rakan pejabat ,nor adalah wanita yang beriman dan halus pekertinya.Betapa bertuahnya aku...Kesudian nor merapatiku menimbulkan rasa tidak senang dikalangan rakan sekerja,malah ada yang tega menuduhku menggunakan ilmu hitam menundukkan nor,ramai yg hairan mengapa aku dipilih nor,siapa aku??aku hanya seorang peon..


.namun nor sangat menghargaiku,menghormatiku sebagai seorang lelaki yang dicintai,tidak pernah meninggikan suara walaupun aku hanya seorang peon yang muda lagi mentah.Namun aku dan noor memiliki cinta .cinta yang bukan cinta biasa..mengapa?????...Nor adalah seorang wanita yang lebih berusia dariku,bukan setahun,dua tahun atau tiga tahun,tapi 13tahun ..aku berusia 24tahun dan nor ketika itu berusia 37 tahun.Jarak usia bukan halangan untuk aku mencintainya.Status janda muda tiada anak tidak pernah menjadi kudis dihatiku.Aku menerima Nor seadanya,sebagaimana Nor menerima diriku.Kami bercinta selepas Nor dengan rendah hati meluahkan isi hatinya...Nor sangat istimewa,nor lah cahaya hidupku,nor lah cinta pertamaku,cinta yang aku harap membawaaku menjadi raja diistana cinta kami dan dialah pemaisurinya.....



Namun ku harap panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengah hari....Cintaku ku... pohon kan restu dari kedua ibu bapa,Nor ku bawa bertemu ibu tercinta,ku kenalkan kepada ibuku sebagai bakal menantu .Namun ibu tetap ibu,kata hati ibu nor bukan wanita terbaik untukku,nor tidak mendapat tempat di hati ibu,status janda dan usia yang jauh lebih tua mengurangkan seri nor di mata ibu.Aku anak teruna ibu pasti mahu aku bersama si dara suci.Tiada laluan mudah untuk nor memenangi hati ibu,Nor bukan pilihan ibu.Ibu wanita yang melahirkanku memberi kata dua,tinggalkan nor jika aku anaknya.Nor wanita hebat,nor tak rela aku jadi anak derhaka,jangan menempah bahagia dunia jika air mata ibu gugur ke bumi,setitis air mata ibu jatuh kerana luka perbuatan anak semarak api neraka menunggu.Nor rela undur diri,nor dan aku terpisah demi cinta nor lepaskan aku agar aku menjadi anak yang soleh...dan cinta kami terkubur tanpa pusara...oh dimana nor ku slepas 20 tahun berlalu kini...mas!!.



Nor lah cinta pertamaku,aku tak boleh menerima gadis lain,12tahun aku tak pernah mengharapkan cinta selain dari cinta nor.Nor ku tunggu hari demi hari selari dengan pertambahan usiaku.Dalam perjalanan itu aku bertemu seorang lagi wanita,ku harap boleh membawa aku ke pantai bahagia,namun dia bukan norku,dia hanya pelangi yang muncul selepas hujan,pelangi petang yang pasti akan pergi,Wanita itu meninggalkan aku setelah bergunung janji dipahatkan.Kini aku kunci pintu hatiku,dan inilah aku yang di hadapanmu kini Mas!!!!kata temanku mengakhiri kisahnya..dan aku mendengar kisahnya dengan berteman air mata....



Wahai pembaca catatan CM ni...sudikah kamu mengulas sedikit apa yang perlu temanku lakukan untuk bangkit semula meraih bahagia,??????Temanku hanya menghabiskan usianya dengan bekerja dan terus bekerja tanpa memikirkan dia berhak bahagia
.Aku sangat teringin melihat temanku bahagia dan menemui nor hidupnya kembali ..................................................
Temanku lepaskan nor pergi,nor jua tidak mahu kau jadi begini...nor pasti bahagia jika kau bahagia......

Khamis, September 3

Jawapan Surat Cinta....

Pagi yang indah dan bersemangat,aku bangun dan bersiap ke sekolah dengan memakai baju yang ku rasakan paling cantik dalam koleksi.Sepasang kurung batik berwarna grey silver ku sarungkan untuk hari ni,ye la nk jumpa boss dari mata ke mata,surat semalam perlu diserahkan dengan tangan.Jawapan lengkap dah pun kusediakan petang semalam.Terpulang pada boss untuk mempertimbangkan...aku pasrah....
Dari pukul 7.30-10.00 pagi aku ada kelas...so hanya berpeluang bertentang mata dengan boss ku yg segak tu selepas pukul 10 pagi,aku rasa cukup berdebar sepanjang berada dalam kelas.Rasanya dah hampir 2 bulan tak masuk pejabat boss,sebab tiada apa-apa yang perlu.Pagi tadi ternampak boss .boss pakai baju batik hijau muda yang cukup ceria,nampak senyum jer...hmm ni petanda baik...
"tok,tok,tok"...aku mengetuk pintu bilik boss,dadaku cukup berdebar,pelbagai ayat dah ku baca..3 qul,selawat shifa`dan apa-apa ayat yang terlintas,aircond office terasa begitu sejuk,jari jemariku kecut rasanya,gigiku dah kebas..hehehe....kenapa pulak aku terasa begitu takut ni??????????
"Masuk!!!"...suara garau,kedengaran dari dalam....aku menjengguk kepala dan memberi senyuman termanis rasanya lebih manis dari sekilo gula....kami berbalas senyum,alamak senyum boss pun tak kurang manisnya,rasanya lebih manis dari biasa....ada apa-apa ker ni??????
"Duduk Pn.Mas".....mesra suara boss...aku mengangguk,senyumku masih meleret....
"hmm..apa khabar???"....alamak boss tanya khabarlah...diakan boleh tengok aku sihat sejahtera ni!!!!!
Baik,sihat....aku menjawab pertanyaan boss....
"Ok Pn.Mas,u taukan kenapa i panggil u.??....fuuh nada `keketuaaan`dah pun keluar.aku dah kena ready...
"yup boss..".aku mengangguk.....sambil tanganku menghulurkan surat cinta berbunga kasih yang diterima semalam.....dia mencapai dan meneliti isi surat tanpa suara....aku rasa macam mula nak berpeluh..fuuuh,lutut dah ketaq......
"Boss!!!sebelum boss cakap apa-apa saya mohon maaf ....saya tahu saya salah dan saya akan cuba sedaya upaya untuk baiki keadaan ni,tiada guna saya nak mencipta pelbagai alasan untuk melindungi diri saya... itu bukan cara saya.Saya mengaku kelemahan saya,dan saya memang patut menerima surat tu....suaraku bergetar dalam membuat pengakuan....rasa ego ku lempar jauh-jauh,dihadapanku adalah seorang ketua yang perlu aku hormati......
Pn.Mas...listen to me ....(alamak dia cakap omputih lah...speaking london)
Kuasai..Time Management skill...and please remember
"IF YOU FAIL TO PLAN....YOU PLAN TO FAIL...
..fulamakkk,boss bagi ayat power!!!!berdesing telinga rasanya.....yo lah boss...aku salah!!..
You are very good teacher...i dont have any problem with your performances,students like you..BUT!!!!!!!
(fuuuh tak payahlah sambung.......aku tahu tu..huhuu...)......aku senyum nipis...
You ada potential untuk ke depan(dia cakap melayu balik)...last year i dengar you dapat anugerah Guru Terbaik Keseluruhan untuk SPM 2008 di sekolah lama you.you pun bukan cikgu baru yang tiada pengalaman..tahun depan dah time base,jangan jadikan kelemahan ni sebagai penghalang kejayaan.You boleh berubah dan boleh maju ke depan(aduuuiiii......)ni mula dah tazkirah pagi ramadhan....
"Dicpline is very-very important (alamak macam pernah dengar jer)...kuasai yer
My bos ni baru 43 tahun,dia memang hebat usia baru 40 tahun dia dah jadi Pengetua,dia antara pengetua termuda di Malaysia yang kebanyakkannya berusia 50 tahun ke atas,ramai menjangkakan dia akan jadi somebody di Kementerian dalam tempoh 5 tahun ni...
Aku keluar dari biliknya selepas 15 minit yang hangat...dengan semangat baru...jiwa yang lebih besar dan hati yang lebih lapang...aku perlu berubah demi masa depan yang lebih gemilang....kita perlu anjakkan Paradigma.tak boleh duduk di takuk lama..bagai katak bawah tempurung....
Geng!!!!bukan surat naik gaji,naik pangkat,tunggakan gaji,dan surat apa kenaikan.Betul kata tanpa nama....SURAT TUNJUK SEBAB.....apa salahku?????? tak payahlah hang pa nak tahu,!!!!yang pasti aku tak merompak,merogol .memberontak ,mendera,menampar budak atau apa-apa kesalahan mandatori,cuma sedikit terpeliut dari segi pengurusan masa.Apa salahku??????????...nak teka ker????hehee.....senyuuuuuuuummmmmmmmmmm,demi masa depan...

Rabu, September 2

Sepucuk Surat Cinta....

(My dream car.....sebagai cikgu sekolah gomen takkan aku nak berangan Mecd.Brabus,GMC,
BMW 7s.........memang jauh dari kenyataaan...jadilah Honda CRV ni........  untuk ku angan-angankan dan mungkin best untuk dibuat ala-ala Impak Maksima.....   
                     
Pagi yang ceria,cuma sedikit kelam kabut kerana keluar rumah sedikit lambat,apa lagi mulalah menganas di jalanraya....mantain dilorong laju...dengan kelajuan tak kurang 120kmsj,fuuuh tak ingat dah orang tersayang,yang ingat perlu sampai ke sekolah sebelum pukul 7.30pagi.Aku ikut jalan shortcut Putrajaya Kajang melalui PICC ,jalan tu banyak membantu menyelamatkan keadaan,boleh menjimatkan masa 5-7 minit.Boleh dikira dengan jari kenderaan melalui jalan tu,
Alhamdulillah aku sampai ke sekolah pukul 7.28 pg,berlari-lari ke pejabat sekolah untuk thumb print(punchcard).Pintu pejabat ku tolak ganas..puuup toing,toing..tetiba terjengguk muka my boss dari pintu tu nasib baik tak berlaga hidung "Assalamualaikum bos"..aku menyenggih..."Waalaikumsalam..hmm baru sampai..????"...bosku menegur,mukanya kelihatan serius,lelaki yg berusia 43 tahun ni kelihatan segak dgn kot hitam lagak mahu menghadiri mesyuarat rasmi...
Aku senyum, mengangguk dan segera berlari ke komputer untuk thumb print...fuuuh lega !!!!!!tertera 7.29 pagi....selamatttt....
Tiba-tiba,,,aku ditegur oleh PT sekolah...."Pn.Mas,......tolong tandatangan penyerahan surat ni"!!!!!
"Surat apa pulak ni??????...aku meninjau ke himpunan surat yang ada ditangan Pn D,Pembantu Tadbir sekolah."Bacalah sendiri.....mesti hepi bila dapat surat ni,hehehehe...dia gelak kecil sambil menyenggih"...fuuh aku menandatangi ruang namaku,dan menyambut surat misteri tu dengan perasaan berdebar.....
Aku terus membaca,fulamakkkkkkkk.......memang hepi.!!!!!!..tetiba sakit gigi ku datang balik,aduiiiiiiii,sakitnyer,esok surat jawapan mesti ada kt meja boss......hmmmm surat apa ekk????....nak tahu ker??????,hmmm tak yah lah tahu,kalau tergerak hati geng nk teka.......,tekalah!!!!!(pada yang dah `tertahu`tu...please jangan pecah lubang arr)

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....