yg sudi bersama cm....

Ahad, Ogos 30

Susah ker kita menolong orang????

Malam tadi,aku tak boleh tidur lena,anakku dina diserang demam lagi,kali ni dia demam panas.Dalam hati aku kuat berdoa janganlah dia diserang asma lagi,kami kini berada di kampung,disini klinik 24 jam jauh dari kampung,kalau dibandar melaka adalah.hospital Melaka pun jauh kira-kira 20km dari kampungku.Alhamdullah,anakku cuma demam,asmanya tidak menyerang.Pagi esok demamya kebah dan hari ni dia boleh main macam biasa,Syukur pada Allah.



Merenung dina,aku tetap rasa dina beruntung walaupun dia sakit,sebabnya...aku ada kereta,aku boleh memandu,abahnya juga begitu,aku boleh bawa dia dapat rawatan segera jika dia diserang asma.Siapa yg ada anak atau pengidap asma cukup tahu bagaimana keadaan pengidap asma jika mereka tidak dapat rawatan segera,mereka sangat sesak,dada akan jadi ketat,nafas tercunggap jika sangat serius ia boleh membawa kepada kematian,ini menginsafkan aku bagaimana jika ia terjadi pada kanak-kanak miskin yang ibubapanya tidak mempunyai kenderaan sendiri,.................Persoalan ini membawa aku pada satu kisah benar.....ikutilah kisah ini....


.............................................................................................................................................................

(Satu malam yang dingin.....di sebuah kawasan setinggan di pinggir ibu kota.....1975...)

Musim hujan datang lagi...Angin malam mengelus-gelus tubuhnya.....seorang gadis kecil mula resah,dadanya mula sempit,nafasnya mula pendek,menarik nyawa hingga lekuk perut dan halkum,gadis ini merintih,nafas yang keras disertai dengan bunyi batuk yang mendesah mengejutkan ibubapa dari lena,abah yang penyayang mula sedar anak gadisnya mula dihimpit kesesakan.....sepantas kilat lelaki ini bangun......

"'yah,bangun,,,bangun..!!!''.si ayah mengejutkan isterinya di pembaringan.....
"Ila semput tu....bangun.."".si ayah menyambung...
Bingkas si ibu bangun,,,mendapatkan anak gadisnya yang sudah mula tercunggap-cunggap...tanganya mencapai sebotol minyak panas,,,di sapu di dada gadis kecil tu,dibaringkan anaknya diriba,,,diurut-urut belakang dan dada...tapi nyata keadaan gadis kecil ini makin meresahkan......


"Bang,,kita kena bawak ilah ke hospital ni.""...ibu bersuara resah.....
Ayah memandang sayu wajah isteri dan anak gadisnya...
"dah pukul 2 pagi ni.....camner nak pergi,kita bukan ada kereta".....
"hisss tak boleh tunggu pagi ni....budak ni teruk..ibu menyambung....
"dah kejutkan ajin suruh dia pergi rumah Alang dan Busu minta tolong hantar ila ke hospital.'.....ibu mengarah pantas sambil jarinya mengusap dada gadis yg sedang sesak tu........
Ajin ,seorang budak lelaki yang baru berusia 7 tahun terpisat-pisat bangun dari tidur,dan faham segala arahan bapanya,Tanpa rasa bimbang,yang ada cuma rasa sayang dan simpatinya pada kakak melenyapkan rasa takut pada kegelapan malam......


"Pak Alang,!!Pak Alang,!!Pak Alang.!!..Ajin mengetuk pinntu rumah bapa saudaranya...suaranya memecah kesunyian malam......
Pintu terkuak,pak alang dihadapannya.."".hah apahal...""
''Pak Alang abah mintak tolong hantar kakak ke hospital...""..ajin yang lurus memberitahu tujuannya ke rumah lelaki di hadapanya....
""Eh budak,,,,ko ingat "AKU NI DREBAR KAU....."....kau balik sekarang..aku nak tidur.""...pak alang menutup pintu keras......Ajin terpingga-pingga

Ajin meneruskan perjalanan ke rumah Busunya pula....hanya dua orang bapa saudara yang terhampir berkereta masa tu.....


"Busu,Busu.Busu."...ajin mengetuk pintu rumah pakciknya.....
3 minit pintu terbuka.......""Nape malam-malam ni datang.."".
"Kakak semput ,mak mintak tolong bawak pi hospital.....Pak alang tak mahu bawak...Ajin memberitahu jujur...
"Kau baliklah,,,,aku tak naklah "BAWAK KERETA AKU PI RUMAH KAU YANG BECAK TU"....KOTOR KERETA AKU!!!!!!!!!pandailah bapak kau bawak anak dia gi hospital...."""

Ajin pulang ke rumah dengan hampa....dia memberitahu segalanya pada mak dan abahnya,di satu sudut kakaknya semakin lemah.Abahnya mencapai baju,mendukung gadis kecil ni ...


"yah.!!!.kita naik teksi jerlah.....tak payah mintak tolong orang....hampa kedengaran suara abah...
"Ada ker teksi malam-malam cam ni..""...suara ibu sebak
""Camner pun kita mesti bawa ila ke hospial...teruk budak ni.""...ayah menegaskan...

Di tepi jalan ...di malam yang dingin,abah,mak ,ila dan ajin menunggu teksi yang entah ada entah tidak....Ila duduk mengcangkung di tepi jalan...dia hanya mampu bertahan dengan nyawa yang tinggal sedikit....saat demi saat sangat meresahkan jiwa abah dan mak...hanya Allah tempat mereka berserah...ini semua dugaan.1 jam berlalu kelihatan sebuah teksi lalu dihadapan mereka,teksi tu lah yang membawa ila yang sudah kebiruan ke hospital Kuala Lumpur......

dan dalam keheningan malam itu ayah berpesan.....
"AJIN !!!!!!JIKA KAU SENANG,BERKERETA...BERGAJI BESAR JANGANLAH KAU SOMBONG DAN BONGKAK..BIAR ORANG BUAT KITA..KITA JANGAN BUAT ORANG..........PESAN ABAH BERSEMADI DI MINDA AJIN HINGGA KINI....."""
(Ajinlah temanku.....teman yang bercerita tentang berbagai kisah hidupnya yang penuh cerita....gembira duka dan lara...................)
..................................................................................................................................................

Sabtu, Ogos 29

Angan dan Sedar. (mawi)...tapi sedarlah wahai teman..

Warna Teks

Aku bukan nak bercerita pasal Mawi,aku bukan jenis orang yang cenderung dengan artis,cuma aku suka menyanyi....bukan dikhalayak ramai tapi untuk menghiburkan diriku sahaja,dibilik air,di dapur,dalam kereta atau mana-mana lah yang orang tak dengar,Masa sekolah rendah dan menengah aku ada buku lagu,,,hehehe,kelakar pulak bila ingat,


...nak cerita ni masa aku memandu sorang diri di Lebuhraya Utara-Selatan...masa tu my Pesona meluncur dengan lajunya (fuuuuh...aku ni mmg bawak kereta laju,,tu lah sifat burukku)lebih-lebih lagi when im driving alone...selalu lupa diri....di HOT FM...putar satu lagu dari Mawi...Angan dan Sedar...dan aku sedar lagu ni sangat terang dan jujur maknanya...liriknya ringkas mengambarkan penghargaan seseorang pada orang lain....Jom hayati lirik lagu ni..



Mohon selembar harapan,
Buatku sedang rawan,
Biarpun sekadar cuma senyuman,
Ikhlas kau pujaan,

Mohon sesaat berangan,
Buat ku meleraikan,
Apapun hiba dan tangisan,
Menawan segala perasaan,

Chorus:Aku sedar siapa diriku,
Aku dah tahu siapa aku,
Aku sedar dan berasa malu,
Aku sangatlah mahu berterima kasih,

Sungguh,
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami,
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku,
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini,
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu.

Mohon secebis kasihan,
Janganku dilupakan,
Dalam lipatan kenangan,
Bercinta dikau di persimpangan,

Chorus:Aku sedar siapa diriku,
Aku dah tahu siapa aku,
Aku sedar dan berasa malu,
Aku sangatlah mahu berterima kasih,

Sungguh,Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami,
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku,
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini,
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu.
Lalalalalala.lalalalalalal..
Aku rela merindumu.
Aku rela merindumu
.Aku rela merindumu.

So aku tujukan lagu ini buat seseorang.....hayati lah.....
Bila kita hayati lirik lagu ini teman....sedarlah ada seseorang dalam hidup kita yang sangat memahami kita...dialah tempat kita mencurah isi hati,gembira,gundah gulana,rawan,ceria semua kita mampu untuk kita kongsi bersamanya..dia tak pernah marah,dia tak pernah jeling,dia tak pernah benci.Mungkin orang itu suami,isteri,ibu,ayah,kakak,kawan.,kekasih.....so teman..jika baca coretan CM ni tanya balik pada diri siapakah orang yang paling anda rapati untuk mencurah isi hati...dan bagaimana anda menghargai insan itu....??????


CM tak pandai bermain-main kata...CM suka menghargai seseorang dengan sesuatu berbentuk pemberian.Masa di universiti saya sangat menyenangi my best freind `ina`..saya hadiahkan dihari jadinya sebentuk cincin emas ,kubeli dari duit biasiswa..tersangat berbesar hati jika dia masih memakai hingga kini.Masa bercinta tahun pertama hari lahir buah hatiku,ku hadiahkan sekotak sapu tangan Pierre Cardin (tak de duit masa tu)..ada lagi hingga kini.Begitulah cara saya menghargai seseorang....saya hadiahkan sesuatu untuk dia kenang......so sweetttt....


Tapi tak semestinya beebentuk material..kita juga boleh menghargai seorang dengan bentuk pertolongan,bimbingan dan kasih sayang,Keikhlasan akan terpancar diwajah jika ia dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang... so geng..pikir-pikirkan.....org yg disayangi perlu dihargai..jangan bila mereka dah tiada baru kita terkonang-konang....

SEPERTI PESAN NABI SAW......
"KENANG DAKU DALAM DOAMU....."

Jumaat, Ogos 28

Nak berniaga..buatlah baik-baik kan???

(tengok....adakah anda boleh pastikan kualiti kebersihannya......bagi saya kurang menyelerakan.)


Semalam seorang kawanku mengadu...

"Cikgu !!!!!saya teringin benar nak makan asam pedas,saya pergilah beli kat restoran besar dan terkenal tu,RM 15 lagi,balik rasa makan hampeh,macam kuah pindang.....sedih saya cikgu!!! nk menitis air mata saya sebab teringin sangat..lama dah tak makan nasi...'
""Aku pun jadi emosi,sedih dengar cerita dia...dok jauh nak masak susah...

"""hiss chef apa tu,kata restoran besar...aku menjawab.....
geram dengan sikap sesetengah tukang masak ni,kalau rasa makanan tu tak sampai piwaian,diri sendiri tak boleh nak terima janganlah jual....
"""hmmm..chef taik kucing'''..kata kawanku...pandai dia berlawak...
he,he,he,he...kami sama-sama gelak...kurang sikit emosi aku masa tu....

Itulah dalam masa yg terbatas ni,aku nak cerita jugak sikap sesetengah peniaga makanan ni,terutama masa bulan puasa ni,mereka menjual kadang-kadang tanpa rasa tanggungjawab,asal habis,sudah...rasa diaorg tak peduli..kadang-kadang soal harga pun memening kepala,.Beli sambal udang 5 ekor rm 4.00,sayur 2 senduk rm 3,kuah dgn ikan seketul rm 5.00,ulam-ulam pun diaorg letak rm3.00,bawak rm 20,tak de makne yer...



Inilah yang aku lalui tahun lepas,puasa masa tu,memang sangat sibuk dengan aktiviti sekolah,dah hampir SPM masa tu,kelas tambahan tak berhenti,sambung tugas sebagai warden.Hari-hari muka ku ada di Pasar Ramadhan Danau Kota KL,bawak pelajar lagi,penuh kereta dengan budak-budak tu,budak-budak tu seronoklah cikgu bawak pi pasar ramadhan,ambik turn tiap-tiap hari,kalau cikgu terlebih duit,cikgu pun offer diri untuk dipowwww...bertambah hepi nak ikut cikgu.Cikgu tak kisah kena powww tapi bawak bungkusan makanan cikgu,berat cikgu nak bawak....sebab selalu benar cikgu tak leh tahan nafsu..


Bila balik selalu rasa kecewa dengan hasil pembelianku......hampeh...
Kesimpulanya...MASAKLAH WAHAI MAMA,BERKAT AIR TANGAN IBU.........

P/s :(rasa nak berleter ni...dengarlah jer yer)


Rabu, Ogos 26

Jom sayang!!!!balik kampung


My girl sangat suka kampung,pasti dia mengajak mama tengok bot di Pengkalan Umbai,Melaka...
Awal Ramadhan aku terima panggilan dari abah....
"Suria,cutikan!!!tak nak balik kampung....lembut bicara abahku dihujung talian....
"Alah bah,busy sikit lah bah...suamipun sibuk,Isnin nak uruskan hal sekolah,selasa ada appointment pasal rumah,rabu ada ni,khamis ada tu,raya ni suria balik awal sikitlah sempat kita bukak puasa sama-sama,,"
fuuuh begitu pantas bibirku mengatur alasan....tanpa rasa bersalah...
"Tak pe lah..jaga diri."...hmmm pendek jer pesan abahku dalam bicara yg begitu lembut..abahku memang seorang lelaki yg penuh diplomasi,dia lembut dalam mengatur bicara,tenang orangnya.tapi aku dapat rasa getaran pada nada suaranya...
Aku pun meneruskan kehidupan seperti biasa,berpuasa bersama keluarga,tapi setiap kali waktu berbuka aku teringatkan mak dan abah dikampung,teringat kemeriahan bersama adik beradik,kini mak dan abahku tinggal berdua sahaja,8 anak mereka,semua dah ada kehidupan sendiri,bernikah dengan pasangan dari negeri yg jauh-jauh,pasti mereka jugak teringatkan kami
2 hari lepas,mak pulak menelefon...
Dengan manja aku bertanya "Mak bukak puasa apa???
hmm,mak masak asam pedas ikan parang,telur masin,goreng taugeh,tu jer..mak buat buah melaka....abah kau nak makan."...
Fuyooo,sedapnya"....aku terliur mendengarnya,masakan ibu adalah yg terhebat
""hmmmmm,mana sedapnya,makan berdua jer,terkulat-kulat...ada anak tak nak balik,...""
Huuuuuh,bagai guruh berdemtum aku mendengarnya....menusuk ke hulu tangkai hati
Malam semalam aku rasa aku perlu balik,aku rindukan mak dan abah,Aku membayangkan aku 30 tahun akan datang,masa itu aku termanggu dihujung jendela menanti kepulangan anak-anakku dibulan ramadhan...tapi alasan demi alasan yang diaturnya......fuuuuh,aku membayangkan perasaan aku....tika itu..sesungguhnya hidup ini roda,kalau kita terlalu pikir urusan dunia.....kita akan kehilangan banyak perkara....
ku capai beg ku masukkan baju,hubby tak dapat ikut ...aku boleh drive sendiri......
MAK DAN ABAH.......SURIA MINTA MAAF.....

Selasa, Ogos 25

Jom "powww" mama,,,(Aktiviti keceriaan kami)

"Marwan pi beratur ...timbang sayur tu........Orite mama!!!!!!!!!
Aku nak ajar marwan berdikari,bertanggungjawab,dia anak sulung lelaki,bila besar kalau abahnya tak de dialah yang akan melindungi kami......ini lah antara proses aku mendidiknya..agar menjadi seorang lelaki yang di kagumi...walaupun dia hanya baru berusia 7 tahun.


Dik.....ikan ni segar lagi tau..mata dia tak merah. ekor dia pun keras lagi.he,he..ni lah dialog marwan masa tengah pilih ikan,,,,,,adik mendengar terlopong.......so cute marwan ni!!!!!! ciri-ciri ke`cikgu `an`..cam mama ada dalam dirinya




hmmmm....bagiku antara ciri-ciri lelaki yg baik ialah tak betah,tak kekok melibatkan diri dalam urusan rumahtangga,bukan lembut tapi mereka sedia membantu isteri untuk kelangsungan hidup berumahtangga....Lelaki moden bukan lagi raja seperti zaman tradisional....Bagiku lelaki sangat romantik kalau mereka pandai masak,so my hero aku harap dapat mempunyai ciri-ciri tersebut....hmm kini dia ku didik ke arah itu...agar satu hari nanti dia lah suami yang dikagumi oleh isterinya...Ammiiin...ini doa seorang ibu....



Mama!!!!!! dina nak ni!!!!!
hmmm...pasal mengusha..mengoda mama...nilah kepakaran my sweety..kalau dia nak macam-macam cara dia guna...ambik lah anak!!!!,rezeki mama untuk kamu jugak.....bergaya macam model vitagen.....tewwwww....




Anak-anakku bergaya manja...........
Selesai sudah proses "mengepoww"...he,he,he....kalau bawak anak-anak pi supermarket bajet kena lebih,list akan tersasar,,,,, tak per lah anak!!!!ni yang orang melayu kata.........
"REZEKI ANAK-ANAK"......



CUTI SEKOLAH NI....BOLEH LAH BAWA ANAK-ANAK PI SUPERMARKET ....JOM SAYANG IKUT MAMA....TOLONG MAMA YER.................



Isnin, Ogos 24

Terlanjur cinta.....

TERLANJUR CINTA- ROSSA DAN PASHA UNGGU
Waktu bergulir
lambat Merantai
langkah perjalanan kita
Berjuta cerita
terukir dalam
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun
membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan
di atas puing-puingCinta
yang t’lah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

(Korus)
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa
baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah
untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta,
aku tetap cinta

Mencoba bertahan
di atas puing-puing
Cinta yang t’lah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

"Pernah seorang sahabat berkata padaku

"AKU SUDAH TERLANJUR CINTA.."

tiada apa lagi yang mampu aku buat........

Ketika itu aku tiada jawapan untuk penyataannya...dan kami sama-sama menangis mengenang nasib dan hari depanya...dan hari ni baru ku sedar

itu sebuah penyataan putus asa......

bangunlah wahai teman....hidup ini belum berakhir usah dihukum cinta...cinta bukan seorang raja yang kejam...tiada istilah terlanjur selagi kita hidup.....selagi kita bertuhan.......selagi iman jadi sempadan..selagi harga diri dijunjung dikayangan..............

dalam keheningan pagi ramadhan

aku teringatkan dirimu....moga hari depanmu sahabatku bersinar bagai pelangi yang muncul selepas hujan ditengahari............

Ahad, Ogos 23

Berdiri seorang Perindu..


Berdirinya Seorang Perindu
Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati
gelisah diri ini
Adakah ku diuji
Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia
Berdiri aku di sini
bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan
Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan
kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu
Arrrrrrrgggh batinnya menjerit.......meraung menanyakan pada takdir mengapa dia hanya layak menjadi seorang perindu.........Terus memberi kesempatan,tapi kesempatan yang ada dibiarkan kosong....Rindu menghukumnya tanpa ia sedari "Apa dosanya"????....Rindu memburunya tanpa dia ketahui "apa yang ada padanya".????.....Rindu terus menempelaknya tanpa dia ketahui "apakah jawapannya"???
Dia akhirnya memberontak......Rindu tiada hak untuk memperlakukannya begini.............Dia mengemgam sebentuk rindu bagai mengemgam mentari di telapak tanganya....rindu itu menjadi miliknya....dia perlu kuat untuk terus mengemgam rindu atau melemparkan rindu yang menderanya ke laut lepas atau terbakar dipanggang mentari........
Oh tuhan Hanya kau yang mengerti......................

Sabtu, Ogos 22

Aku,Impian dan Ramadhan

Terima kasih Tuhan...Aku Pernah Menjadi Tetamu......
Rezeki dariMu.....aku titipkan untuk anak-anak buat masa depan mereka..........


Aku sangat mencintai kerjaya ini.....Aku seorang Guru.......

Di sinilah....impian-impianku terlaksana...



Cinta hatiku.........wahai anak-anakku.....


"Aku menulis untuk diriku'....
ungkapan ini amat aku kagumi.Ungkapan yang aku temui dari seorang pemuda yang tersendiri yang kukenali dari dunia maya ini.Dari ungkapan inilah...aku menulis sesuatu tentang Aku,Impian dan Ramadhan.....
bukan berniat membangga diri,mencanang segala nikmat yang Allah beri tapi sekadar memuhasabah diri adakah aku tergolong dalam kelompok yang bersyukur???


Seorang Aku....


Aku halusi perjalanan hidup ,
dari kecil walaupun bukan datang dari keluarga berada,tanggungjawab kedua ibu bapa membolehkan aku membesar dengan sempurna.Disayangi dan diberi pendidikan yang sewajarnya diterima oleh kanak-kanak seusiaku.Melihat kemelaratan kanak-kanak dinegara miskin,membuatkan aku rasa tersangat bersyukur aku tak pernah berlapar,aku tidak melarat,aku membesar dengan penuh kasih sayang .Pendidikan tak pernah ibubapa ku abaikan.



Ketika Remaja..


Aku seorang yang bercita-cita tinggi,
abahku selalu menegaskan segala keinginan akan dapat dicapai dengan kemahuan yg kuat.Bukan terlalu cemerlang tetapi daripada sudut pencapaian akademik,aku masih lagi boleh dibanggakan.Aku ingin bersekolah di sekolah Asrama Penuh,aku dapat akhirnya.Aku ingin cemerlang dalam SPM,dengan grade satu bawah 15 agregat,aku capai akhirnya,Aku ingin ke luar negeri,paling tidak ke Universiti terbaik Malaysia UM pada masa tu,aku dapat juga ke sana...
.aku lalui kejayaan demi kejayaan tanpa kenal erti gagal,
aku tak pernah rasa gagal.
.walaupun satu paper pun ketika belajar,
Perjalanan hidupku lurus....


Ketika ini juga aku mula merancang perjalanan hidup sebagai seorang wanita,
aku ingin mempunyai seseorang untuk disayangi ketika berusia sekitar 23-25 tahun,
Yup dalam usia 23 tahun aku menemui seseorang,he is my first love....aku tetapkan ciri yg ada...berkulit cerah,mempunyai senyuman yg manis,bijak,,,dan bla-blah..sekali lagi Allah menunaikan segala ketetapan tu,walaupun ada beberapa ciri yg sangat lari dari kriteria yg aku ingin,namun dialah yang Allah pilihkan untukku....
"Dia tetap lelaki yang baik"....


Diusia 24 tahun
aku menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah,
aku tak kenal erti menggangur dan bertungkus lumus mencari pekerjaan.
Tahun akhir lagi aku dah berjaya menyambung pelajaran untuk melayakkan aku menjadi seorang guru,
Tamat sahaja final exam,aku dah dapat tawaran penempatan di Pahang...
segalanya berjalan dengan mudah..Allah maha penyayang..aku capai segalanya tanpa perlu bersusah payah...
Sebelum berusia 25 tahun aku ingin berkereta sendiri,
aku penuhi keinginanku itu....
di satu hari di bulan ramadhan....
Diusia 25 tahun,
aku rasa sudah masanya aku bergelar seorang isteri.
Cinta hatiku tak sabar untuk kami hidup bersama.
Alhamduliillah,ibubapa merestui hubungan kami,dan kami diijabkabul dalam satu majlis yg sempurna.
Impian seterusnya ku bisik pada suami,
aku ingin memiliki sepasang cahaya mata diusia sebelum 30 tahun.
Maha suci Allah,aku dikurniakan seorang putera yang gagah perkasa sebelum setahun usia perkahwinan kami,
dan setahun selepas itu lahir seorang puteri yg comel dan bijak....
Subhanaallah...segala impianku terlaksana dengan mudah,
aku sangat bertuah....
Sebagai seorang yang dah berkeluarga,
aku tetapkan sebelum aku berusia 33tahun aku perlu ada rumah sendiri yang aku beli dengan titik peluhku,sebagai jaminan masa depanku.
Tanggal 15 ramadhan,November 2006 aku membeli sebuah rumah,bukan mahligai indah tapi terlalu cukup rasanya untuk aku berlindung bersama keluarga tercinta.
.......kini.....
Aku memiliki kerjaya,keluarga.
dan aku terus melakar impian,
aku ingin sekali ke Tanah suci sebelum 10 tahun aku bekerja.
Allahuakhbar.
tanggal 24 Mei 2008,
Aku dijemput Allah ketika tu aku berusia 33 tahun,8 tahun aku bergelar guru..aku menunaikan Umrah,menyerah diri pada Allah......
Bagiku hidup ku sempurna.......
Kini aku meniti kedewasaan,
Andai dalam perjalanan ini
aku diduga dengan dugaan yang terlalu besar,
Ujian dari yang maha Esa,
Aku mesti menetapkan pada diri
""bahawa bukan semua impian,keinginan,kemahuan,kehendak kita tercapai dengan mudah"""
,aku perlu muhasabah diri,
pandang ke belakang,
saksikan catatan sejarah bahawa aku terlalu bertuah dalam meniti hidup sebelum ini.
Aku berpelajaran,berkarier,berkeluarga....
Kenapa aku perlu menangis,
bersedih dan kadangkala menyalahkan takdir andai keinginanku tidak tercapai
,impian hidupku dingangu gugat...
aku masih lagi insan bertuah,
jika aku banding dengan wanita lain yang lebih sukar perjalanan hidupnya...
Aku sebenarnya terlalu takut untuk gagal,
kerana aku tak pernah rasa erti gagal,...
."DARE TO FAIL'.
.tiada dalam kamus hidupku....
kini,
aku menyedari keberaniaan sangat penting dalam hidup,
Untuk berani kita perlu gagal....
seorang sahabat yang berhati mulia menyedarkan aku perkara ini....
dengan tulus ikhlas dia memberitahu sebenarnya
aku ni..."PENGECUT'.
..sahabatku itu sudah lali dengan dugaan hidup,
hidup lah yang mengajarnya menjadi manusia yang lebih baik
dan seterusnya lebih baik......
Dibening subuh ramadhan
ini aku menyedari..................
terlalu sedar wahai teman.....
Aku sebenarnya.........
SILAP DAN PENAKUT!!!!!!!!!!!











Khamis, Ogos 20

Di suatu malam di rumah Hanis..

Berblogging,aku mengenali Hanis,sweet sister dari Shah Alam...Hanis yang mudah mesra sering menyapa diruangan YM,Hanis mempelawa aku dan anak-anak ke rumahnya untuk dinner.Dulu dia pernah beria menjemput,tapi masa tu i malu arrr....Aku sangat berbesar hati dengan jemputan tu.Malam Selasa baru ni.my pesona membelah malam dengan lajunya sekitar 100-130km sj pi ke Batu 3 Shah Alam,melalui Elite Highway,Kenapa laju???biasalah CM dah terlambat...he,he...Sampainya rumah Hanis,Wah cantiknya rumah dia,anak-anakku begitu teruja melihat swimming pool,sampai merajuk bagai...

Sampainya di rumah Hanis,dina nampak swimming pool...merenggek nak pi mandi...mama kata "NO!!!!!..awak sakit dan dah malam....my sweety terus tarik muka 14.dan merajuk tak nak makan...tengoklah muka dia tu!!!he,he,he..mamapun cam tu kalau marah dan kalau tak dapat yg diingini...like mother like daughter..


Hanis berjaya memujuk my sweety....kembali ceria ,potong cake carrot from Secret Recipe,yg mama bawak untuk aunty Hanis...Hanis kata sodap sungguh kek tu,siap mintak resepi dari CM ni!!!!,tapi namapun "Secret Recipe"..secretlah u...

Aduhai hidangannya wat Mama tak senang duduk u,mama tutup buku diet..mama belasah semua puyuh goreng tu,mama makan sopan gak,sambil berbual dah 3 ekor puyuh mama solosaikan,he,he,he..."Manjalaralah CM ni..cik lie ni..."


Sedapnya Aunty Hanis masak.....berselera marwan yang sedang lapar ni...Uncle!!!betullah sedap...jomlah!!!



Ni special nooo,mama masak,mama tangkap lembu kat Serdang,pas tu mama tumis ekornya kat Putra Height Seafood,seksyen 28,Shah Alam...he,he,he..datang umah Hanis bawak sup ekor..u..caya ker i masak????



N3 ni untuk hanis..
.HAPPY BIRTHDAY DEAR....
AGE JUST A NUMBER.
HAVING FUN!!!!

Rabu, Ogos 19

Kesian yer..my girl..

Semalam balik dari sekolah,ambik anak di Taska,my girl nampak pucat,dia batuk tak berhenti,selselma bagai...dia sangat tak ceria,merenggek memberitahu dadanya sakit,Aku tahu dah ni "asmara dana" datang bermanja lah ni.....dina muntah...aku segera bawak pi klinik berdekatan rumah.....sekarang musim macam ni...aku perlu pantas bawak dina ke klinik...


Masa dapat rawatan di Klinik Zetty ,dekat dengan rumah,keadaan dina sangat teruk,dah diberi gas pun dina masih lagi tak lega,dadanya masih sempit dan ketat.Doktor menulis surat dan dina perlu dibawa ke hospital segera untuk rawatan segera...aku jadi panik.Tenangkan diri call my hubby dan ....hubby kata "Mama pi bawak anak dulu...nanti abah menyusul...ok lah!!!...no problem....dina terus ku bawa ke Hospital.... mungkin perlu ditahan wad.....aku mula resah....


Irdina sedikit ceria dihospital......
Hai ....semua !!!! dina ni sa kit tapi suka pi Hospital Putrajaya,cantik sejuk dan besar.....Nurse cantik-cantik,doktor baik-baik....dina tak takut langsung kena cucuk,dina suka bau hospital...itulah kepelikan anakku sorang ni...dia sangat suka pi hospital...bila dengar perkataan hospital dia boleh senyum lebar...katanya kat hospital ramai kawan....





Mana yer doktor ni....lamanya dina tunggu...bosan arrr....dina mula aksi noti... alah biasalah hospital gomen..tunggu menunggu nikan amalan mulia...


Macam biasalah..i love u...muaaah,muaah..big kiss from dina...untuk semua



Dina tak laratlah mama....tapi boleh lagi senyum manja tu,buat penghibur hati mama....




Dina dah dapat rawatan...macam ni lah dina,pantang jerebu,salah makan junk food,batuk dan selesema mudah betul dia dapat attack "asma ra dana " tu.....bersabar jelah.... Alhamdulillah dina tak perlu di tahan wad....aku lega....malam nanti bolehlah kita pi rumah aunty hanis makan2 for dinner.....


P/s : Geng tahu tak or ada petua tak?????beri pada budak asma ni......kesian dinaku!!!!






Selasa, Ogos 18

Tag dari Atika...Why `layan blog-blog niii`????


Tag dari Atika...dari en_me gak asalnya,dia tanya nape k.mas berblogging...dont wori tika.k.mas awak ni sporting ..meh kita jawab
1.Amboi-amboi atika,bukan ker awak yang dok suruh create blog,,tak sudah-sudah menanya bila yer nak ada blog.???..maka dengan darah dan airmata,kerana sayang pada si tika sorang ni terkial-kial aku wat blog.
2.Because of my follower....masa wat blog tu,diriku sama cam Apizz,ku menulis untuk diriku sendiri..orang nak baca ker tak nak ker aku tak peduli..@ kata budak sekarang "ada aku kisah"...tapi rupanya ada kekawan yg sudi bertukar pendapat,menyapa dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.Dan dengan bangganya nak beritahu my first follower adalah "MUDIR AZLI" orang Mekah beb.,,berkat blog ni..penulis blog PDKM yg sungguh`meletup`tu sudi jadi first follower kt blog cap ayam brand ni..aduh terharu yer,,padahal punyalah sibuk cik lie tu,sudi jugak dia jengguk cikgu saban hari,menyapa dan menjadi pengkritik tetapku...kemudian ada kak N,yg akan datang dengan komen-komen yg sangat menceriakan.Ada pyjarl,ada en mie,yg tampil dengan komen-komen bernas.Apizz hemsem,si merah,hanis,k.as,khairyn,asnija,doktor chenta,aliss kak pinat dan ramai lagi yg cikgu sangat hargai dan cintai.tqvm..my follower..
3. Sunyilah,selalu tidur lambat,so penuhi masa lapangku dengan aktiviti ini,tapi sekarang bukan masa lapang,masa sempit pun ku ada depan PC,pi Makkah hari-hari, jengguk cik lie..pi Shah Alam,pi rumah pyjarl dalam tempurung tu,pi rumah Apizz kt UM tu,pi rumah Atika,dan ramai lagilah...hari-hari cikgu ada kat umah ko orang tau..sekondeng kat situ...he,he
4.Aku suka menulis,pernah bercita-cita nak jadi penulis,nak tulis buku jauh sekali,tulislah pape pun untuk kepuasan diri.Tak sangka kini antara salah seorang follower ku adalah seorang penulis hebat Khairyn Othman.
5, Untuk hilang tension dan merapu bagai dalam blog,kekadang terjiwang,rupanya semua ni mendatang keceriaan dalam hidupku,Aku dapat kawan-kawan.Tak pernah terfikir situasi di alam maya,bertukar menjadi realiti,malah ada my follower dah jadi kawan baikku,kawan yang sangat baik.Jumpa pulak yang betul-betul sekepala cam Kak N.hasilnya kami jadi rapat.Orang pertama ku hubungi dengan handphone ialah K.N.Kak N best giler orangnya.


Ok tika nilah jawapan tag mu,sapa pulak yg kena pas ni....apizz,pyjarl,hanis,aliss,red,asnija,sapa-sapalah,kalau sporting dan cun jawab tag ni 'nape berbloggig'....ORANG TANYA JAWAB..TAK JAWAB ,SOMBONG TU!!!!

Isnin, Ogos 17

Amboii suka yer !!!

Oh alahaiiii.....suka yer dapat kahwin.....
Romantic ustaz rock niii!!!!

Fuuh...hot chatting kekawanku hari ni!!!

Sekadar merenung...cinta datang dan pergi,

Amboii liuk lentok waheeda,cair ustaz!!!

Kelakar betul hari ni...sambil makan kt pantry staff room tadi..kekawanku mula bukak topik hangat ni...kan semalam ustaz dah pun selamat bernikah dengan pujaan hatinya!!!!huuuh kekawanku memang terdiri daripada ibu-ibu muda yang cukup emosional dalam bab yang satu ni...Ada yang ketuk meja,ada yg ketuk pinggan...hangat betul...ye lah `merah lagi usia penceraian dah tangkap yg baru.Kalau org pompuan kena tunggu edah 3 bulan.untunglah orang lelaki,tapi apa undang2 tuhan semua ada kebaikan.




Alahai nafi punya nafi..terkahwin jugak akhirnya,kahwinlah ,lebih baik daripada buat maksiat ,jodoh dah tiba,tak da siapa boleh halang.Tapi bina bahagia atas air mata orang lain ni ,atas derita sengsara wanita lain,bukan bahagia sejati.Ustaz manusia biasa,lelaki biasa,cinta tak kenal siapa.Jodoh itu sebenarnya pinjaman,setakat mana Allah izinkan kita masih lagi mempunyai jodoh,setakat itulah ia berlangsung.Tiada yang abadi,perkahwinan bukan penentu perkahwinan abadi,perkahwinan itu satu hubungan berasaskan amanah dan tanggungjawab,bukan hubungan yg berasaskan keseronokan dan kenikmatan.Ia perlu pengisian,kita yang mengisinya dengan isi yang bermutu atau tidak.Jika lompang atau kosong,ia akan pecah bila-bila............


Aiiik,sekadar berkongsi..bukan mengumpat dan bergosssipp!!!
Satu lirik lagu ni!!!
Cinta tak kenal siapa.....
Hadir tanpa dipaksa..
Biar berkecai badan...
Melepaskanmu....aku rela berputih tulang!!!

Sabtu, Ogos 15

Aduhai cikgu sedikit berkecil hati....

Mereka ni dah besar panjangkan untuk kita leterkan,...cubalah faham kasih dan harapan seorang guru pelajarku,kejayaanku adalah kejayaan kamu.Bukan kejayaan akademik semata-mata,tapi anak bangsa yang berguna,pemuda muslim yang berakhlak dan berjiwa besar,
itu doaku pada semua pelajar,
tiada setitis zarah benci dihatiku pada kamu semua...
Jadilah pewaris ketatasusilaan bangsa...bukan melayu yang mudah lupa...
pemuda melayu besar jiwanya...


Pagi Jumaat yg lepas,cikgu masuk ke kelas 5 Kejuruteraan Mekanikal,macam biasa sebelum memulakan pengajaran saya pastikan semua pelajar ada.Saya tengok kerusi Razif kosong.Saya ajukan pertanyaan kepada ketua kelas,Ketua kelas memaklumkan Razif berjumpa guru displin ada masalah sedikit.Saya menganguk dan memulakan pengajaran di bawah Tajuk
Dasar Ekonomi Baru (DEB)...semua pelajar nampak tekun,dan saya menggunakan teknik perbincangan untuk mengetahui pro dan kontra tentang kebaikan DEB ke atas orang melayu.



Sedang saya bersoal jawab dengan pelajar,Razif masuk ke kelas, dengan kasar dan keras dan duduk di kerusinya.Telingaku tak dapat mendengar ucapan salam darinya,Aku pun menegur...

"Razif...tak nampak cikgu ker??...masuk tak beri salam pun????"...aku menanya.
tiada nada kemarahan cuma sedikit berbaur kesalan

Razif terus bangun dan bulat matanya memandang aku,wajahnya yang ala mamak nampak keras dan kasar,pasti dia berada dalam mood yg penuh marah,

"Saya dah beri salamlah cikgu,cikgu yang tak dengar.!!!..suaranya begitu tinggi.aku boleh katakan budak ni menengking aku..fuuuh,aku tersentak,menerusuk terus ke jantung hatiku..

sebagai cikgu dan orang yang lebih tua darinya aku mengaku aku cukup terasa dengan perlakuannya....
Aku memandangnya..tiada suara,dia menjeling aku dengan jelingan cukup tajam,bagai aku ni musuhnya.Rakan kelas yang lain terdiam,sunyi tanpa suara memandang razif .

"Saya ni cikgu awak yer!!!bukan kawan-kawan awak !!bahasa awak dan cara bercakap tolong jaga.Awak pulak menengking saya!!saya ada menengking awak ker???....aku akhirnya bersuara.
Hilang moodku nak mengajar

..aku duduk sekejap di meja guru...buat menenangkan diri,,,aku pandang razif dia buat muka selamba,agaknya kalau cikgu lelaki dah kena penampar budak ni!!!

Kesian pulak pelajar lain..aku tak boleh ikut perasaan sangat aku teruskan mengajar....tapi aku mengaku aku cukup terasa pada razif,
"Ya Allah hilangkan lah rasa kecil hati ni...anggaplah budak tu belum cukup matang untuk berfikir dengan waras...orang dewasa perlu membimbingnya.
Aku cuba memujuk hati,akhirnya aku kembali ok.
Mungkin razif berada dalam keadaan stress bila dipanggil guru displin.


Razif,
cikgu harap kamu sedar dan menjadi pelajar yang baik,hormat semua guru,...
nilai hormat pada guru penting untuk beroleh keberkatan..
tapi cikgu bukan tuhan...cikgu sentiasa doakan kamu.
Kamu pun anak yatim piatu,mungkin keadaan dan latar belakang menjadikan dirimu begitu keras,lantang dan pemarah.
Cikgu maafkan kamu,walaupun tiada ucapan maaf keluar dari bibirmu....
Perlukah aku memanggil razif dan luahkan isi hatiku????atau biarkan razif begitu...!!!


Aaah sekadar berkongsi denganmu teman...
aku juga manusia biasa yg punya hati dan perasaan,
Aku sangat percaya menjadi guru yang baik soal perasaan dan masalah hidup tak boleh dicampur aduk dengan profesionalisme.
Aku bukan sekadar mengajar tapi mendidik menjadikan mereka insan.
Beginilah hati seorang cikgu.....kekadang dilukai..
aarr anggaplah ini pengalaman ..........yg bisa mematangkan aku.











Selamat Menyambut Ramadhan...



Kat sekolah tadi kawan-kawan dah mula borak pasal nak sambut puasa,ramai dah mula menukar resepi.yg dari johor ditanya camner nak wat laksa johor?dari penang..mula share resepi Mee Udang,dari Serawak..mula ambik order paste laksa serawak.Kat CM depa tak tanya pun!!!agaknya kawan-kawanku tahu,aku tak berapa pandai memasak,hu,hu..CM ni dalam proses nak belajar masak..sekadar masak campak-campak tu ok lah!!!boleh lah jugak..
Tapi aku mula terfikir,Ramadhan ni bulan Pesta Makan ker?orang kita mula dok pikir pasal nak masak apa?nak jamu apa?padahal ikut konsep bulan ni lah kita belajar mengekang nafsu,berjimat cermat,jangan membazir.Malang yer...bila sampai Ramadhan semuanya jadi terbalikkan.Pergi pasar Ramadhan bawak duit rm 30-50,semua dihabiskan pada makanan,bila balik berbuka puasa,dah tak larat nak habiskan!!akhirnya masuk tong sampah.Tu tak masuk tempahan kuih raya lagi,kalau kat bilik rehat di staff room tu...berderet-deret kuih sample,untuk tempahan,siap dengan borang lengkap lagi.Nampak yer diriku belum tergoda lagi untuk membuat tempahan,yg nakal jer setiap pagi aku ambik rasa,tapi tak beli pun,sori yer pembekal,memang kuih sample untuk dirasa,rasanya dah 30% CM yg ambik rasa!!!he,he,he
Perasan tak kat TV pun,penuh dengan rancangan masak-memasak,makan memakan,jamu menjamu,akhirnya di Malaysia bulan Ramadhan jadi pesta Makanan Kebangsaan...setiap 2km ada pasar ramadhan,yg jual benda yg sama..yg tak pasti kualitinya.
So azamku di bulan Ramadhan ni.....semoga Allah membantu merealiasikan..sekadar share dgn u all.zamku ini..kelihatan sedikit poyo..tapi Insyallah akan ku cuba laksanakan,he,he,he...boleh tak ni???
  • Tak mau pi Pasar Ramadhan...nak jadi ibu mithali ....memasak maaa!!!huh boleh caya ker?
  • Tak mahu makan banyak,berbuka bersederhana...makan ikut sunnah..kurma jer...aiiik besar pengorbanan ni..susah nak wat ni..he,he mesti yakin diri arrr....
  • Tak mahu beraya sakan...sampai sekarang tak de baju raya lagi,tunggu hubby alert benda ni....agaknyer dia sedar tak????kalau tak sedar,3 hari sebelum raya,akan ku kejutkan dia!!!dari mimpi yg panjang,bagi jer bil card credit...he,he,he,,mithali ker tu??sori yer yang!
  • Terawih,terawih!!
  • Solat jaga yer!!!!
  • Tak mahu dok sembang cam selalu..pi wat keja,baca Quran banyak-banyak.
  • Nak ajar my boy n my girl berpuasa tahun ni.
  • Tak mahu tengok TV,drama bersiri petang-petang tu minta distopkan dulu..
  • ada lagi ni azamku..tapi soganlah nak share....He,he

Moga Allah memudahkan,Niat tu penting,dari niat ia bergerak ke arah perlaksanaan yer..ingin sekali menghayati ramadhan yang datang,kerana kita tak pernah tahu.....

ADAKAH RAMADHAN YANG AKAN DATANG...KITA MASIH LAGI ADA UNTUK MENYAMBUTNYER,??????????????????????

Khamis, Ogos 13

Good bye Atika...

2 anak saudara cikgu......Amir dan Atika...dua beradik yang sangat cikgu sayangi...hmmm sedihnya amir mesti rasa kehilangankan,kak tika ni best sangat...semua benda dia boleh layaaaann....takpalah kite ym jer dgn tika...
Bye sayang!!!jaga diri baik-baik..awak pi sorang-sorang..perempuan pulak tu,Sampai kt Chicago hati2,,depa tu,,pandang pelik sikit kt muslim lady....All the best..belajar rajin2...yer!!!! I LOVE U SO MUCH....sedih sangat masa tika pergi..tapi tak per..sekarang bukan macam dulu..kita boleh chat hari2...datang kat blog makandak yer,,,kalau rindu kat makandak!!
Petang 11/8..,cikgu pi KLIA hantar anak saudara yg paling rapat denganku,dialah teman tengok wayang,temanku berborak,boleh share lipstick,tudung,,tapi baju tak boleh lain saiz,,he,he,he...sedihnya !!sekarang dia nak pi jauh...sambung belajar ke US..selama 3 tahun ...touching betul masa kt airport..adalah beberapa babak drama air mata!!Puasa dan Raya ni untuk kali pertama atikah tak beraya dengan kami.....hilang sorang tukang cuci pinggan.
Tapi yang terkilan yer tu,ada sorang kawan cikgu balik ke Saudi pada waktu yg sama..dengan atikah pergi...hmmmm...tak nak beritau punya pasal!!suprise lagi!!!!kalau tak boleh kita babai,babai jugak kat dia,hmmmm dah tak de rezeki nk jumpa!!!
Pada atika,,,,take care..intai-intaikan hangbag Guess n Coach..kalau murah..habaq kt mak andak!!belajar rajin-rajin.Dulu mak andak teringin sangat nk belajar sampai ke luar negeri...tapi takde rezeki..Alhamdulillah dapat jugak sambung belajar,raihlah pengalaman sebanyak mungkin sewaktu muda,jaga diri..jangan dok `tersangkut` dengan Mat Salleh,banyak lagi pemuda melayu yang baik2 dan hemsem....

Ahad, Ogos 9

busy yer minggu ni!!!!...


Dear fren....
Belum dapat lagi sambung kisah S...
keadaanku seperti cikgu dalam gambar tu...
hu,hu,hu..rasa nak pecah kepala ni......tapi blogging tetap on....
nak hilang stress chat dgn kak N..dan aku pasti gelak sakan..
I love u kak N....thanks kerana menceriakan hidup ini
wah macam orang bercinta lak kita....
dan kak N pun dah selalu kena top up kredit demi CM..he,he,he

Khamis, Ogos 6

Cikgu and pregnant girl..(2)

Ok..cikgu sambung!!!!...sebelum tu jom kita share cerita ni...rupanya ibu bayi malang yang terperusuk dalam lubang tandas kt sekolah agama di Gurun tu,adalah seorang wanita yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan yer!!!.Wanita tu rupanya dah bersuami dan mempunyai seorang anak.So aku bertambah binggung apa rasionalnya dia tergamak mencampakkan zuriatnya sendiri dalam lubang tandas yang hanya layak untuk najis???apa yang ditakutkan????dia kan bersuami...hina ker wanita bersuami beranak????nampaknya orang sakit jiwa makin ramai..mungkin ini gejala meroyan..tapi dari sudut perubatan meroyan hanya berlaku selepas post natal..atau selepas bersalin.Bukan sebelum atau selepas bersalin.Gejala membunuh bayi sendiri seperti zaman Jahiliah berlaku semula..aku sangat binggung!!!!fren....nape dia buat cam tu???
Berbalik pada S...setelah 4 hari aku memerhatikannya,dan ku rujuk pada warden yang lain,ramai yang mengaku perubahan yang berlaku pada S.Jadi pada satu malam Jumaat selepas aku selesai buat row call(proses mengira jumlah pelajar di waktu malam) dan lampu dorm semua sudah dipadamkan.Aku naik ke dorm S dan mengarahkan S mengikutku ke bilik warden bertugas.S ketika itu memakai kaftan merah yang lebih menonjolkan bentuk perutnya.S nampak resah,soalan kenapa cikgu?????di ulangnya sebanyak 3 kali..''aku menjawab tak ada apa-apa saja cikgu nak sembang dengan awak!!!!,'''wajah S kehairanan,tapi dia tak dapat menyembunyikan keresahanya.
Dibilik warden,aku ajak S duduk disofa berdepan dengan aku.S duduk sopan sambil membetulkan kaftan yang dipakainya.Aku senyum pada S,S senyum nipis...aku tahu dia tak selesa.Aku pula mencari ruang yang sesuai untuk memulakan persoalan,sambil mataku memandang ke seluruh tubuhnya,ku lihat S,mengopek2 kukunya tanda resah dan gelisah...akhirnya dia bersuara...
Nape cikgu panggil saya???...
hmmm....sajer nk tanya khabar awak...awak sihat ker???...nampak lain jer sejak kebelakangan ni...aku memulakan bicara..
hisss...saya ok lah lah cikgu...cikgu nampak lain macammana???cikgu ada dengar apa-apa ker???
dia pulak galak menanya..tanda ada sesuatu yang disembunyikan..
Saya tengok awak nampak tak sihat,tengok perut awak tu???kenapa tu,tak macam dulu pun???aku terus kepada persoalan utama???S tersentak,terus memandang perutnya.Malam tu dengan berbaju tidur sebegitu aku nampak perutnya memang sangat ketara seperti wanita mengandung.
Cikgu..minggu lepas saya pergi klinik,doktor kata dalam perut saya ada ketumbuhan,macam bengkak,sebab tu jadi macam ni!!!!..S menjawab,,tersekat-sekat..
Oh yer,ker..la kenapa biarkan sajer...boleh cikgu tengok????...aku merapatkan diri padanya.
hisss tak payahlah cikgu..S mengelak..
Cikgu tak nak fikir awak bukan-bukan,so jalan terbaik baik awak benarkan saya tengok...dengan sedikit teknik pujukan akhirnya S mengalah..
S menarik bajunya..dan aku dapat melihat perut S tanpa baju....hmmmmmm ..conform!!!!!!bisik hatiku,,,
ok...esok kita pi hospital,,yer,kita tengok macamana nak buat perut awak ni!!!!
janganlah cikgu..tak de apa-apa.saya dah pergi klinik dah...ada ubat dalam locker..
tak per ,,nanti biarkan bahaya!!!...aku menjawab alasannya..
janganlah cikgu..tak payahlah susah-susah...
hiss nape kamu ni..ada yang nk ditakutkan???
hmmm....S tunduk...mencari alasan sesuai...hmmm tak payahlah hospital..klinik jerlah...S memberi cadangan,yang sememangnya dah ada dalam kepala ku.
Aku tak bercadang nk membawanya ke Hospital kerana aku tahu prosudernya amat rumit jika didapati gadis bawah umur,pelajar sekolah mengandung,silap haribulan wartawan pun ada..
ok,kita pi klinik jer..aku memujuk S..yang jelas menunjukkan kegelisahannya...
ok awak tidur dulu,pagi esok pukul 8.30 tunggu saya diparking kereta..ok..
S...bersalam denganku sambil mencium tanganku tanda hormat....
Pagi tu,selepas mendapat kebenaran pengetua,aku membawa S ke klinik kawanku Iffah,Dr Iffah aku kenali kerana terlalu kerap membawa pelajar sakit ke klinik yer,Dr iffah memanggilku dengan panggilan mas sajer...
Selepas menyapa Dr Iffah...S duduk dikerusi rawatan,Dr iffah memandangku.pandangan yang aku sendiri sudah mengerti,Dr Iffah mengarahkan S ke bilik rawatan untuk proses scan or ultra sound..sementara S di bilik rawatan Dr Iffah memberitahu aku sesuatu
Mas..pelajar u ni dah 8 bulan!!!!!..dia boleh bersalin anytime!!!
haaaah!!!aku terkejut..aku cukup tak sangka..kandungan S sudah begitu matang..aku sangka baru 4-5 bulan....
Ohhhh,u biar benar????
betul mas...jom kita tengok ultra sound...
fuuuh,Dr..kalau i tak bawak,budak ni boleh terberanak dalam tandas ni..jenuh nak menjawab ni!!
hah la...nape lambat sangat sedar...sambung Dr Iffah..
Di bilik ultra sound,kakiku mengelentar,Dr Iffah menunjukkan kan ku bayi S yang sudah cukup sifat malah aku boleh melihat jantina bayi tu..anak S lelaki..S kebingungan..dia tak dibenarkan melihat skrin ultrasound..menurut Dr Iffah gadis bawah umur seperti S tidak boleh diberitahu secara terus keadaan dirinya..ini akan menimbulkan tekanan emosi yang tinggi dan boleh menyumbang kepada gejala bunuh diri...
untuk menyenang hati S..Dr iffah memberitahu dalam perut S ada sesuatu dan perlu dirujuk pada pakar,S nampak lega..aku seolah tak faham dengan S ni..dia macam menafikan dia sedang mengandung,dan kepelikan yang berlaku padanya ialah dia masih lagi "period"..dengan jumlah yang sedikit meskipun mengandung,sebab itu dia sangat optimis dengan keadaan dirinya.Dr Iffah memberi tanggjawab memberitahu S dengan cara paling diplomasi kepada ku,dan beliau membuat laporan perubatan mengesahkan S kini sudah hamil 8 bulan..
BAGAIMANA S JADI BEGINI???????,SIAPA BAPA BAYI ITU????...BAGAIMANA NAK BERITAHU IBU BAPANYA????DAN APA TERJADI PADA BAYI S....TUNGGU EPISOD SETERUSNYA..CIKGU PENAT DAH...

Rabu, Ogos 5

Cikgu and pregnant girl..(1)


Dua tiga hari lepas,hati aku cukup terusik dengan kisah di dada akhbar..tentang seorang bayi seberat 3 kilo di buang di lubang tandas,di dalam tandas guru di sebuah sekolah agama di Gurun Kedah.Membaca kisah tu membawa aku teringat pada satu pengalaman sendiri yang aku lalui bersama seorang pelajarku beberapa tahun yang lalu.Aku langsung tidak berniat mengaibkan sesiapa,dan aku harap pembaca kisah ini tidak perlu mempersoalkan dimana kisah ini berlaku?siapa ?dan apa-apa sahaja soala,yang penting mesej dan pengajaran yang perlu kita kutip dijadikan panduan untuk anak-anak kita atau adik-adik kita.
Aku mengenali `S`..sebagai seorang pelajar yang cantik,berkulit hitam manis,hidung yang mancung dan mempunyai sepasang mata yang cantik .`S`agak bijak dan minat dalam subjek sejarah.Walaupun S dari kelas yang kurang menyerlah prestasi akademik.Cuma S agak nakal.sudah 3 kali dia ditangkap kerana `fly dari asrama.Atas budi bicara pengetua dan rayuan dari ibu bapanya S masih lagi dibenarkan tinggal diasrama.Walaupun nakal S agak manja denganku,pantang nampak aku dia pasti tersenyum,aku pun agak senang dengan dia,aku rasa S ni tak senakal mana cuma dia perlukan perhatian.Sebagai warden aku ada dengar S ni ramai boyfreind,yak hairanlah S memang cantik,pasti boyer kat luar tu mudah cair dengan keletah gedik gadis seusia S.S juga dikatakan boleh merokok,tapi bagi aku S kalau dibimbing pasti tidak sejauh tu,Aku dapat rasa dia gadis yang lembut dan perasa,
Bulan berganti bulan,aku mengajar seperti biasa,tapi aku dapat rasa perubahan pada diri S.Tiada lagi aduan tentang kenakalan S,S lebih fokos pada pelajaran.Keputusan exam mid year pun lebih baik dari sebelumnya,masa aku beri result paper sejarah dia mendapat markah tertinggi,senyum lebar dia.Aku sempat mengusik dia "S!!tembam yer sekarang,sikit lagi cam cikgu dah!!!he,he,he ..dia gelak.."Saya kuat makanlah cikgu!!!!...aku tahu dia memang manja denganku...aku membiar saje jawapan tu..tanpa memikirkan apa-apa.
Bulan 8 satu petang aku memantau pelajar yang lambat turun surau,aku ternampak S masih lagi mandi.S berkemban masa tu,tetiba aku terpandang perutnya.Hati ku berdebar..perutnya kelihatan seperti ???????..ternampak aku dia cepat menarik tuala menutup tubuhnya.Aku menjeling tajam sambil berkata "tahu tak dah pukul berapa ni???tak mandi lagi!!cikgu beri 5 minit..cikgu nak tgk kamu depan saff,tak ada awak tahu saya siapa!!!!!.Fuuuh sebagai warden bila bertugas aku memang garang..semua pelajar tahu..dia senyap dan mandi tergesa..gesa...hatiku yg berdebar-debar masih belum keruan!!! adakah S tu meng.......g..oh tidak!!!aku tak boleh prasangka...tapi malam tu aku terus memikir mengenai S.Sebagai seorang perempuan yang dah berkahwin serba sedikit aku tahu perubahan biologi wanita bila berkeadaan seperti itu....
Seminggu selepas itu,aku memerhati S,aku patut serius memerhatikan yer.Masa tu aku adalah ketua warden,jika apa-apa terjadi aku jugak kena jawab.Aku tanya Ketua Pengawas Asrama,dia tak berani nak komen.Aku cari jalan supaya tidak bertindak menuduh.Di kelas aku perhatikan S dengan baju kurung besar tidak begitu cergas,di Dewan makan S kerap menutup tubuhnya dengan beg merah jenama Adidas.di kelas prep malam dia kerap bersweater hitam..walaupun hari panas.huuuh,aku perlu buat sesuatu.....Apakah tindakanku......dan apakah kesudahan cerita ni?????huuuuh..aku terpaksa stop dulu jam dah pukul 5.40 petang..aku kena balik.anak dekat taska.....pas ni aku sambung yer!!!!!

Isnin, Ogos 3

My Little Hero

Aduhai cuba senyum sikit..puaslah adik dok `usha`..susah benar nak senyum...control macho tuu..............hmm tak hemsem lah macam tu!!!!
Hah.....kalau marwan dah senyum....bagi satu renungan menikam kalbu boleh cair..di buatnyer...hmmm macam ni lah hero mama!!!!memandangmu seperti memandang seseorang!!!!Alahai....ni gaya budak-budak sivik dan skema.....boh lah...janganlah malu sangat dengan camera..buat macam adik..she`s not camera shy........




Gambar di atas adalah anak sulungku...namanya aku yang pilih,,kerana kagum dengan Khalifah Marwan Al Hakam..anak lelaki ku namakan..Marwan Irrsyad yang bermaksud..Panduan yang bermaruah.Marwan dilahirkan 11bulan selepas pernikahanku dengan jejaka pilihan hati yang ditemui di UM.Aku di fakulti sastera ayah marwan di fakulti Ekonomi..kami bertemu dalam satu pertemuan yang tak disangka .Pertama kali bertentang mata pada 30 Jun 1998 tepat jam 10.30 pagi..he,he (ingat tu u..siap dengan masa...hu,hu jgn jeles..mana taknya jatuh cinta pandang pertama)..masa tu aku sedang kelam kabut nak pergi ke kelas Dr Danny.kelas Nasionalisme Asia Tenggara,aku perlu bentang assigntment,tapi dah lambat..masa tu lah Allah temukan jodohku rupanya...so sweet..satu kenangan yang wajar diingati..tak tahulah sebelah sana tu..ingat ker tidak???
Marwan ni mempunyai badan yang sasa...mengandungkan marwan aku mengalami kenaikan berat badan yang melampau,dari berat 50an..aku boleh kembang sebanyak 85kg menjelang hari kelahirannya..aku seperti blue hypoo ..blue hypoo pun kecik,perutku besar seperti mengandung anak kembar,rupanya hasil imbasan ultra sound,marwan mempunyai berat yang luar biasa didalam kandungan,menjelang 9 bulan,berat marwan sudah mencecah 4.3kg.Doktor mengesahkan aku mengandung dengan masalah"big baby"....kelahiran secara normal tidak digalakkan kerana bayi sulung.so tepat pukul 12.04 minit,hari selasa 24 april 2002,marwan dilahirkan secara pembedahan di Hospital Besar Melaka,Marwan lahir dengan berat 4.65kg,fuuh dia adalah the biggest baby pada kelahiran bulan april di HBM,Alhamdulillah marwan sihat sempurna.Inilah kurniaan Allah padaku,kelahiran marwan..aku kini bergelar ibu..satu title yang sangat indah yang bukan semua insan dapat merasainya..syukur Alhamdulillah..
Marwan sedikit pemalu berbanding adiknya,.marwan sangat penyayang,manja dan dependent ...agak kurang pandai berdikari..hmm mungkin sebab dia lelaki.Hingga kini marwan tidak akan melelapkan mata selagi aku tidak mengusap rambutnya,dan mendodoikannya.marwan sangat pandai mengambil hati,pandai memujuk cuma dia sedikit gelabah,,hmm mungkin macam mamanya...marwan memang anak mama..dia pasti berpihak padaku dalam semua perkara..he,he,he.......dia juga amat menghargai orang yang disayangi,kekadang fikir balik ciri-ciri lelaki idamanku ada dalam diri marwan...
sayangku marwan....
kau adalah anugerah dari Allah...antara anugerah terindah dalam hidupku...sapulah air mataku..lindungi mama ketika mama meniti hari-hari akhir hidup mama..yang paling penting..jika mama sudah tiada sapalah mama setiap hari dalam 5 waktu solatmu..mama hidup dalam doamu...hadiahkan mama seorang anak soleh yang berjiwa besar...Insyaallah....

cikgu mas..junior..comel kan...




Haiiik.minum pun control yer.....hu,hu,hu..cam sapa tu???wooitt,jangan habiskan yer..mama punya tu!!!!


Satu jelingan lentok romantik dari cm junior.... Jeling-jeling manja..sayang..cam mama muda-muda dulu






Manja dan periang.......suka tersenyum.....he.he,he cam mama jer....



Active girl...nak jaga badan katanya....hu,hu,hu..yang ni mama tak ajar pun...cam sindir mama jer




comel tak? dia suka cakap I LOVE U.....hu,hu tu mama yang ajar.... i love u lah..muaah!!


Sayang!!!!!!!!
mama tak punya apa-apa untuk diwarisi
mama terlalu biasa untuk dicontohi
mama terlalu kecil untuk diteladani
mama terlalu lemah untuk melindungi....
tapi !!!!!!!!!itu semua kata hati mama...
tapi kata jiwa dan akal mama...
mama akan menjadi terlalu hebat untuk kamu
mama akan menjadi kaya raya demi kamu
mama akan jadi luar biasa kerana kamu
mama berjiwa besar agar diteladani kamu
mama gagah perkasa untuk melindungi kamu
hingga mama menutup mata.............jadilah anak yang solehah..seindah nama kamu
"mawaddah Irdina........ yang beerti......cinta kasih sayang ,maruah kami...
I LOVE U SO MUCH..........................







datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....